suria

Muiz kucing kesayangan turut serta sambut Aidilfitri... Dibelikan baju raya, ada sesi jamuan makan dengan geng bulus

Kucing bernama Muiz ini disayang dan dijaga bagai menatang minyak yang penuh.

AIDILFITRI merupakan masa untuk mengeratkan jalinan ukhuwah bersama kenalan dan sanak-saudara.

Tidak dilupakan juga si bulus yang boleh dianggap sebagai sebahagian daripada keluarga.

Syahirah Khalid, 29, melayan kucing kesayangannya seperti raja di rumah, malah turut sama menyambut Aidilfitri.

Kecomelan Muiz mencairkan hati ramai.

Si comel yang manja dengan panggilan Muiz itu pernah tular pada tahun lalu kerana hampir dijual kepada orang lain, namun tidak kesampaian apabila bijak mengambil hati bapa Syahirah.

Bercerita lanjut kepada mStar tentang perkembangan terbaharu Muiz, Syahirah berkata kucing peliharaannya itu semakin rapat dengan bapanya.

"Muiz sekarang kalau makan wet food nak kena suap dengan abah, kalau setakat letak dalam bekas memang tak akan jamah. Lepas tu sekarang dah jadi rutin baharu Muiz untuk kejut abah pukul 4.30 pagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak mahu ikut tuan baharu, kucing ‘for sale’ gigih goda bapa... kini jadi ‘raja’ di rumah - “Dulu abah pegang Muiz pun tak pernah”

ARTIKEL BERKAITAN: Siapa suruh janji, kan dah ‘kejung’ merajuk! Pramugari bingung kucing marah baju raya tak sedondon - “Ni haiwan ke manusia?”

"Muiz akan masuk ke dalam bilik, naik atas katil dan urut-urut dada abah guna kakinya yang gebu tu, setiap hari tanpa gagal. Tujuan kejut sebab nak minta tambah makanan kibbles, padahal malam sebelum tu kami dah isi siap-siap.

"Lagi satu, berita gembira, Muiz sekarang dah jadi 'ayah', ada dua anak. Seekor kami namakan Polene dan yang lagi satu Louis. Idea saya untuk bagi nama mat salih. Kalau dulu nama kucing semua Melayu sebab abah yang bagi.

"'Isteri' Muiz baka domestic long hair, jadi anak-anak Muiz tak mewarisi sepenuhnya baka Muiz sebagai flat face. 'Isteri' Muiz nama Lola, kucing rumah kami juga. Lola ni cantik sebab matanya odd eyes, satu biru dan satu lagi hijau," ujar Syahirah.

Macam tahun lepas waktu pagi raya tu kami bawa Muiz dan beberapa kucing lain yang terpilih buat photoshoot di studio.

SYAHIRAH KHALID

Mengenai persiapan Aidilfitri, Syahirah berkata dia beraya di kediamannya di Perlis dan tidak perlu risau untuk meninggalkan Muiz buat jangka masa yang lama.

"Keluarga saya semua duduk Perlis, kampung pun dalam 15 minit je dari rumah. Kami boleh pergi balik hari uintuk beraya.

"Tapi kalau macam kami sekeluarga nak bercuti jauh, saya akan upah orang untuk datang tengokkan Muiz. Orang ni kita panggil helper, dia datang sebelah pagi dan petang untuk bersihkan dan bagi makan kucing.

Anak-anak Muiz iaitu Louis (putih) dan Polene (kelabu putih).

"Setakat ni kami tak pernah lagi bawa Muiz dan kawan-kawannya yang lain ikut bercuti sebab mereka tak biasa travel naik kereta. Nak hantar ke hotel kucing pun mahal, tak berbaloi, boleh bankrap kami.

"Jumlah semua kucing kami ada 30 ekor, sebab tu lebih baik jaga sendiri di rumah," jelas Syahirah.

Mengulas mengenai aktiviti Aildifitri bersama Muiz, Syahirah menyatakan sudah menjadi kewajipan untuk dia sekeluarga mengadakan sesi bergambar bersama kucing-kucing kesayangan.

Pasangan Muiz iaitu Lola yang sungguh menawan kejelitaannya.

"Macam tahun lepas waktu pagi raya tu kami bawa Muiz dan beberapa kucing lain yang terpilih buat photoshoot di studio. Muiz siap dipakaikan dengan set baju Melayu lagi.

"Raya kali ni Muiz pakai baju Melayu warna merah jambu, kakak saya yang pilihkan warna tu sebab dia yang belikan baju Melayu Muiz sebagai hadiah.

"Cuma tahun ni memandangkan Muiz dah ada anak dan isteri, mungkin kita akan buat photoshoot di rumah sahaja. Selepas selesai photoshoot, kita akan ada jamuan makan untuk kucing," kata Syahirah menutup bicara.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain