suria

Hanya diizin balik kampung setahun sekali, wanita minta cerai! Suami terkedu, insaf lepas dengar luahan isteri... kini hidup lebih harmoni

Ada segelintir pasangan yang tidak sependapat setiap kali tibanya giliran beraya di kampung masing-masing. -Gambar hiasan

SETIAP kali Syawal menjelma, pasti isu giliran balik kampung menjadi antara topik yang hangat dikongsikan di media sosial.

Ada isteri yang meluahkan rasa sedih kerana saban tahun terpaksa beraya di rumah mentua, langsung tidak pulang ke kampung halaman sendiri gara-gara tidak mendapat keizinan suami.

Inilah situasi yang dihadapi pasangan ini sehingga si suami mendedahkan rumah tangganya hampir berantakan hanya kerana isu balik kampung.

Dalam perkongsiannya, individu tersebut berkata kisah berkenaan berlaku ketika dia dan isteri berada di fasa awal perkahwinan tidak lama dahulu.

Tambah lelaki berstatus mualaf itu, dia tidak menyangka 'rutin' balik kampung begitu penting buat isterinya, sehinggalah perkara tersebut menjadi punca perselisihan faham antara mereka.

raya 2

Hari raya adalah waktu yang ditunggu-tunggu untuk berkumpul bersama sanak saudara. -Gambar hiasan

"Perasan tak orang Cina kan jarang balik kampung? Ayah saya sendiri pun balik kampung setahun sekali atau dua kali sahaja.

"Jadinya, bila masa awal-awal kahwin dulu saya pelik kenapa wife saya selalu nak balik kampung. Even saya mengambil langkah yang drastik hanya benarkan wife saya balik setahun sekali saja.

"Itu pun hari raya saja. Saya buat begitu bukan sebab nak pisahkan dia daripada family. Cuma pada saya, tak ada keperluan untuk selalu pulang ke kampung. Itu yang ayah saya amalkan dari dulu dan saya terikut-ikutlah," kongsinya.

ARTIKEL BERKAITAN: Seminggu bawa 2 anak balik kampung suami di pedalaman, serba-serbi tak selesa... Ibu mahu ajar erti bersyukur

ARTIKEL BERKAITAN: Suami terpaling berkuasa! Kenduri di kampung isteri berkeras tak nak balik, ‘family day’ keluarga sendiri ‘gigih’ pergi walau tak berduit

Ujar lelaki tersebut, dia terkesima apabila isterinya menyuarakan hasrat untuk berpisah disebabkan tidak dapat menerima 'peraturan' balik kampung yang ditetapkannya.

"Saya jadi terdiam apabila wife saya terangkan betapa pentingnya ummi walidnya berbanding saya dalam hidupnya.

"Suami boleh cari ganti tapi ummi walidnya hanya itu saja yang ada dan tiada gantinya.

"Lagi saya tersentap bila wife cakap, 'bayangkan Soon Cong (anak) ni kita jaga macam menatang minyak yang penuh, bagi semua kasih sayang dan buat terbaik untuk dia.

"'Sekali bila dah kahwin, dia tak boleh balik ke kampung selalu sebab wife dia tak bagi? Faham tak perasaan rindu anak tu macam mana?'" kongsinya mengimbas kembali kisah berkenaan.

Ibu dan ayahlah tempat kami para isteri nak recharge. Setiap kali balik, mesti masakkan dan bagi makanan bawa balik.

NETIZEN

Tersedar daripada kesilapan, lelaki itu berkata dia akhirnya membuat keputusan untuk membenarkan isterinya pulang ke kampung lebih kerap kerana menyedari bahawa hubungan kekeluargaan amat penting bagi sesetengah orang termasuk pasangannya.

"Baru saya nampak wife saya mula ceria dan gembira. Nampak dia lebih fulfilling lepas pulang dari kampung.

"Malah ibu dan ayah mentua saya juga lebih gembira apabila melihat anaknya pulang selalu. Bila fikir balik, saya buat begitu dulu sebab sejak masuk Islam, saya dah terbiasa berseorangan.

"Saya sibuk mencari duit untuk survive sampai perasaan sendiri mati. Terlalu pentingkan diri sampai terabai perasaan orang sekeliling bila berkahwin. Perbezaan budaya pun ya juga.

"Patutlah setiap kali musim perayaan mesti highway jammed. Bukan musim perayaan saja, pantang ada cuti umum je mesti jammed! Orang berlumba-lumba pulang ke kampung," katanya sambil menambah, apa yang berlaku benar-benar memberi pengajaran bermakna untuknya.

komen raya

Sebahagian daripada komen netizen terhadap perkongsian berkenaan.

Perkongsian individu berkenaan meraih sehingga 1.3 juta jumlah tontonan di TikTok.

Menjengah ruangan komen, rata-rata warga maya turut tersentuh dengan kisahnya malah ramai yang berkongsi pengalaman masing-masing.

"Sebab itu aku tak pernah halang suami aku nak balik rumah mak ayah dia. Itu syurga suami aku. Macam mana aku kerap jumpa mak ayah, begitu juga dengan suami aku.

"Teringat arwah ayah pesan dekat adik-beradik yang lelaki. Dia kata kalau wife nak balik jangan halang.

"Ibu dan ayahlah tempat kami para isteri nak recharge. Setiap kali balik, mesti masakkan dan bagi makanan bawa balik," demikian antara komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain