SETIAP kali raya, pasti ada pasangan suami isteri yang bermasam muka kerana masing-masing mahu pulang ke kampung sendiri. Terbaharu, seorang wanita Kelantan dikenali sebagai Kak Yati turut meraih perhatian ramai apabila berkongsi masalah sama yang dialaminya. Menerusi panggilan yang dibuat ke sebuah stesen radio tempatan, wanita itu berkata dia terpaksa beraya sendirian dengan anak-anak selepas ditinggalkan suaminya pada hari terakhir Ramadan. Sambutan raya pastinya lebih seronok jika diraikan di kampung sendiri. -Gambar hiasan "Dalam Ramadan dia okay. Tapi setiap kali Syawal, saya perasan suami saya something, dia macam tak nak sambut raya. "Saya habis melaram, kita nak baju sedondon, dia tak mahu. Saya tanya dia tak jawab. Hari last puasa, dia ajak pergi rumah mak dia, saya kata tak larat. "Dia tinggal terus, saya raya dengan anak-anak dan adik beradik saya. Cukup terkesan tahun ni. Sampai saya WhatsApp ucap terima kasih. Lepas tu dia telefon terus saya tak angkat. Habis dah tiap-tiap kali raya puasa kat rumah dia. Memang laki dia angin la. NETIZEN "Merajuklah dia tinggal saya sendiri, raya dengan adik-beradik je, saya ada ramai adik-beradik," ujar wanita itu sambil berborak dengan para penyampai radio. Bercerita lanjut, wanita itu berkata dia telah membuat ketetapan untuk meraikan Aidilfitri bersama keluarganya. Untuk Aidiladha pula, wanita itu berkata dia akan pulang untuk beraya bersama keluarga suaminya yang menetap di daerah berbeza dalam negeri yang sama. ARTIKEL BERKAITAN: 4 beranak naik motor balik kampung, kena hadap adik-adik kerja bagus... Bagi duit raya RM2, anak-anak buah tak nak ambil ARTIKEL BERKAITAN: Wanita bosan balik rumah mentua, sambutan raya amat sendu! Rindu keluarga sendiri yang lebih 'happening' "Saya tanya sebab apa awak time raya awak perangai macam ni selalu? Tak jawab, dia diam, tak tahu punca apa. Ayah dia meninggal masa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), mak ayah saya dah tiada. "Hubungan saya dengan adik-beradik suami okay. Masalahnya setiap tahun, bukan tahun ni je. Saya cakap kat dia raya Haji (Aidiladha) saya balik la rumah mak awak. "Semalam dia cakap, setiap tahun raya puasa (Aidilfitri) rumah saya. Dah raya haji di rumah dia. Kita dah bagi siap-siap awal-awal. Kampung kami dekat, Rantau Panjang dengan Kota Bharu," ujar wanita itu lagi. Video perbualan antara wanita itu dengan para penyampai radio turut dikongsi ke aplikasi TikTok sehingga ia tular. Isteri perlu bertolak ansur dengan suami dan bergilir-gilir pulang beraya di rumah mentua. -Gambar hiasan Di ruangan komen, ramai netizen dilihat menyebelahi suaminya dan berharap wanita itu lebih bertimbang rasa untuk sambutan raya akan datang. "Suami nak juga raya kat rumah mak dia masa raya puasa. Perjanjian macam tu tak adil. Patutlah tiap tahun buat perangai. "Habis dah tiap-tiap kali raya puasa kat rumah dia. Memang laki dia angin la. "Sama Kelantan pun banyak masalah juga. "Kak Yati yang problem ni," tulis netizen berseloroh di ruangan komen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube