suria

Anak tak boleh lama di rumah mak ayah! Masuk hari ketiga dah mental koyak, buat baik pun tetap nampak salah

Setiap ibu inginkan yang terbaik untuk anak-anaknya. -Gambar hiasan

PELUANG tinggal bersama ibu bapa merupakan impian sesetengah individu terutama mereka yang terpaksa bekerja jauh di perantauan.

Namun ada juga anak yang tinggal dengan ibu bapa mempunyai keinginan sebaliknya kerana teringin tinggal sendirian dan mahu lebih berdikari.

Berkongsi pengalaman sama, seorang lelaki mengakui dirinya berasa stres tinggal dengan ibu bapa sehingga mengganggu kesihatan mental.

Bukan itu sahaja, dia turut meluahkan rasa letih dan kekurangan tenaga disebabkan situasi yang dialami meskipun baru tiga hari tinggal di rumah keluarga.

Kebanyakan anak lelaki ingin hidup berdikari. -Gambar hiasan

Kebanyakan anak lelaki ingin hidup berdikari. -Gambar hiasan

"Aku selalu terfikir macam mana ada yang stay dengan parents ni survive.

"Aku baru hari ketiga tapi kesihatan mental dah jatuh kepada bawah 10 peratus. Penat!" luahnya di laman X.

Bercerita lanjut, ujarnya, dia pernah tinggal sendirian dan menjadikan cuti hujung minggu sebagai waktu beriadah bersama ibu bapa.

Namun malangnya, tindakan sebegitu seolah-olah tidak membantu membaiki hubungan bersama orang tuanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Menyesal terima pelawaan tinggal bersama ibu, wanita penat dilayan macam orang gaji! Kadang terlepas geram pada anak kecil

ARTIKEL BERKAITAN:

Malah katanya, dia sentiasa kelihatan seperti anak yang bermasalah dan sering melakukan kesilapan.

"Pernah balik setiap hujung minggu, tapi... ibu bapa kan, buat baik macam mana pun tetap ada salah juga," tambahnya.

Luahannya itu mendapat perhatian warga maya terutama mereka yang mengalami nasib sama.

Itu sahaja ujian dengan jaga mak, kalau lain-lain hidup kita tenang dan rezeki banyak.

WARGA MAYA

"Hubungan aku dengan mak jadi lebih baik apabila duduk berjauhan dan balik hujung minggu. Itu pun kadang-kadang panas dan migrain sebab fikiran tak sama... semoga dipermudahkan urusan korang.

"Aku anak sulung. Tinggal dengan mak ayah selepas habis sekolah buatkan aku berubah dari extrovert kepada introvert dan pelbagai masalah. Memang penat mental tapi dah biasa janji mereka tak naik tangan.

"Mereka yang tak ada masalah keluarga mungkin tak faham situasi ni. Aku ada kawan yang kena dera dengan mak dia, kena layan macam hamba... pernah nampak mulut dan telinga dia berdarah tapi sekarang dia dah meninggal dunia," ujar beberapa warga maya.

Antara reaksi warga maya pada luahannya itu.

Antara reaksi warga maya pada luahannya itu.

Sayu dengan situasi yang dialami, segelintir netizen tampil memberikan kata-kata perangsang dan positif kepadanya.

"Sabar. Awak buat apa sekali pun, letakkan sabar tu setinggi gunung, insyaAllah Allah bantu. Saya telah kehilangan ibu bapa sejak tiga tahun lepas tapi sampai sekarang menangis.

"Itu sahaja ujian dengan jaga mak, kalau lain-lain hidup kita tenang dan rezeki banyak... sebab Allah sayang dan tak mahu bebankan kita dengan ujian lain.

"Mak ayah makin lama makin tua... memang dah sedia ada tua pun, jika bukan luangkan masa sekarang nanti masa hadapan takut dah tak ada peluang lagi.

"Bro, kalau boleh putar balik masa, aku nak stay dengan parents. Hidup ni tak panjang, enjoy every single moment yang ada dengan mereka," ujar segelintir netizen.

Bagaimanapun tidak kurang juga yang memandang remeh luahan dan situasi yang dialaminya itu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain