TANPA disedari ada sesetengah perkara dalam kehidupan seharian yang kita terlepas pandang, sehingga memberi kesan kepada orang lain. Dalam hantaran di laman Facebook, seorang individu tampil membuat teguran secara terbuka berhubung satu situasi yang berlaku di stesen minyak sehingga menimbulkan kesulitan kepada pihak lain. Menerusi hantaran tersebut, dia berkongsi pengalaman 'dipertermukan' dengan satu pasangan yang melakukan tindakan kurang bijak ketika mahu mengisi petrol. "Punca-punca lambat dan melambatkan orang lain. Suruh bini pergi bayar dekat kaunter. Yang bininya pun bo*** pergi shopping bagai, lepas tu tak bayar-bayar lagi untuk minyak. "Last-last lakinya kena masuk kedai pergi bayar dulu," luahnya. Lebih membuatkannya bertambah sakit hati, babak menunggu pasangan berkenaan tidak terhenti setakat itu sahaja. Sebuah stesen minyak yang dipenuhi kenderaan yang menunggu giliran untuk mengisi minyak. -Gambar hiasan Menurutnya, si suami pula tidak mempunyai common sense dengan enggan berganjak walaupun sudah selesai mengisi petrol, gara-gara menunggu si isteri yang masih membeli belah. "Dah settle isi minyak, yang laki duduk lepak lagi dalam kereta sebab bini tak keluar lagi dari kedai. Ini spesis laki bini ba****. "Punyalah panjang beratur, dia buat 'dek' saja," tulisnya lagi. ARTIKEL BERKAITAN: Dah beratur 20 minit nak beli martabak, lelaki Cina terkejut kena ‘sound’ pakcik di belakang... Nasib baik peniaga pasang telinga! ARTIKEL BERKAITAN: Lalu jalan kampung, pemuda bengang kena hadap pemandu lembab... langsung tak hirau kereta berderet di belakang Bagaimanapun individu berkenaan tidak menyatakan berapa lama dia menunggu sehingga pasangan berkenaan beredar. Bukan tidak mahu 'mengalah' dengan mencari pam minyak yang lain, namun menurutnya ketika itu kebanyakan pam turut dipenuhi pemandu lain yang sedang beratur menunggu giliran. Patut jenis macam ni elok pijak je. NETIZEN Hantaran individu tersebut meraih 291 shares selain dibanjiri ribuan komen netizen. Rata-ratanya turut berkongsi pengalaman pernah berdepan situasi yang sama gara-gara sikap pentingkan diri segelintir individu. "Sebagai ex-staff stesen minyak, saya setuju dengan statement ni. Itu belum cerita dia punya ba**** masuk dalam pergi ATM, shopping dulu... Sampai kaunter nak top-up TouchnGo pula. "Pernah kena juga. Kecil besar kecil besar je aku tengok driver tu. "Pernah jadi pada aku. Kereta depan isi minyak, lepas tu dia pergi toilet, so aku sangkut dekat belakang kereta dia," komen netizen. Dalam pada itu, ramai turut memberi cadangan bagaimana cara untuk 'mengajar' sekiranya berdepan dengan pemandu sedemikian. Antara komen netizen terhadap perkongsian berkenaan. "Patut jenis macam ni elok pijak je. "Hon saja biar dia gelabah biawak. "Cuba parking rapat-rapat dekat pintu driver. "Pergi dekat kaunter, ambil mic jerit kuat-kuat," komen mereka. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube