AIDILFITRI merupakan masanya untuk mengeratkan kembali hubungan silaturahim yang renggang sesama saudara, kenalan dan jiran tetangga. Antara yang dinanti-nantikan adalah kepulangan anak perantauan ke kampung halaman bagi menyambut hari lebaran. Selain itu sepanjang bulan Syawal ini turut diadakan rumah terbuka, iaitu jamuan makan di rumah masing-masing yang mana sahabat handai, ahli keluarga dan jiran dijemput memeriahkan majlis. Penganjuran rumah terbuka perlulah berpada-pada. -Gambar hiasan Namun, melalui satu hantaran di laman Facebook, seorang individu menzahirkan rasa terkilan apabila dia melihat kawasan kejiranannya meriah dengan rumah terbuka tetapi dirinya tidak dijemput. Menurutnya, pada hari tersebut dia sengaja lalu-lalang beberapa kali di hadapan rumah jiran berkenaan dengan harapan akan dijemput, tetapi akhirnya hampa. "Tempat aku ni jiran kiri dan kanan semua buat open house tapi satu pun aku tak dijemput. Dah 10 kali aku keluar masuk rumah, ingat mungkin ada yang sudi nak pelawa aku ikut serta rumah terbuka mereka. ARTIKEL BERKAITAN: Sakit hati rumah jadi ‘port’ kucing berak, siap kencing merata... Pemuda makin stres jiran pura-pura tak mengaku bela si bulus! ARTIKEL BERKAITAN: “Eh, you bawa BMW ke?” - Gadis rider ‘sound’ makcik isu parkir sempit, bergelut tepi jalan... Dakwa dicekik, dihina kerja hantar barang "Tapi tak juga berhasil. Apa lagi eh yang aku boleh buat?" kata individu itu mati akal. Menjengah ke ruangan komen, segelintir warga maya berasa hairan mengapa individu itu seperti kempunan untuk menikmati hidangan di rumah jiran. "Kenapa awak ni? Open house jiran tu ada buat kambing golek dengan lamb shank ke sampai awak mengidam sangat nak pergi melantak? Isu remeh pun boleh bertelagah. Saya kalau tak jemput jiran ketika open house, saya akan bungkuskan makanan siap-siap untuk hantar dekat jiran. WARGA MAYA "Kalau setakat lemang, ketupat dan rendang tu aku rasa benda biasa je, hampir setiap rumah jamu benda sama, tak ada benda pun yang kita ketinggalan. "Aku sebenarnya lagi bersyukur kalau orang tak jemput aku pergi open house, aku ni dah cukup sibuk dengan banyak hal. Bila orang panggil kita pergi open house ni, ia ibarat satu tuntutan, rasa serba salah kalau tak pergi," kata beberapa pelayar. Dalam pada itu, warga maya lain pula berpendapat tidak wajar untuk tuan rumah menganjurkan rumah terbuka tanpa menjemput jiran sekeliling. Sebahagian komen warga maya. "Perkara ini termasuk dalam budi bicara apabila kita hidup berjiran. Cuba bayangkan kita sebagai jiran, nampak rumah sebelah berderet kereta parking tapi kita tak dijemput pun ke open house mereka. "Lagi-lagi kalau mereka buat open house jenis outdoor, habis semerbak bau makanan masuk ke dalam rumah kita. Memang sepatutnya kita buat tak tahu je tapi jauh di sudut hati, mesti akan terasa sikit. "Ya betul, saya kalau tak jemput jiran ketika open house kecil-kecilan, saya akan bungkuskan makanan siap-siap untuk hantar dekat jiran, biar mereka boleh merasa sekali. Rasa bersalah kalau kita tak libatkan langsung mereka. "Kita jangan fikir diri kita je apabila buat acara keramaian ni, kau dah sesakkan lorong depan rumah aku, sekurang-kurangnya boleh la jemput aku datang makan sekali," kata sebahagian warga maya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube