MENCEBURI bidang perniagaan memerlukan tahap kesabaran yang tinggi dan perlu sentiasa bertawakal. Kehadiran pelanggan yang tidak menentu bermaksud keuntungan peniaga juga mempunyai naik dan turunnya. Melalui satu perkongsian di laman X, seorang lelaki menceritakan titik terendah yang pernah dilaluinya ketika membuka kedai menjual baju raya. Pelbagai faktor boleh mempengaruhi kejayaan sesebuah perniagaan. -Gambar hiasan Menurut lelaki itu yang berniaga di sebuah bazar, dia memperoleh satu pengajaran yang cukup berharga tatkala dirinya hampir hilang kepercayaan terhadap konsep rezeki. "Kisah ni berlaku waktu aku berniaga di bazar Aidilfitri. Sepanjang tempoh aku berniaga tu, ada dalam dua hingga tiga hari macam tu yang jualan aku merudum teruk. Hampir tak terjual langsung barangan aku ketika tu. "Apabila aku buka akaun bank nak tengok berapa yang tinggal untuk teruskan hidup, Ya Allah takut tengok. Aku rasa sungguh kepenatan dan badan aku dah burnt out. Keadaan diri aku jujur tak okay. ARTIKEL BERKAITAN: Kuih tak laku tiba-tiba habis diborong, peniaga bazar akui keajaiban amalan selepas Subuh dan Asar ARTIKEL BERKAITAN: Peniaga bazar buang bertong-tong air balang tak habis! Lelaki anggap membazir - “Kenapa tak sedekah?” "Sampai satu masa tu, aku terfikir sebelum aku sambung buka gerai, aku nak pergi ke bazar Ramadan dan beli daripada peniaga yang paling kurang orang singgah. Tak kisah makanan apa yang dijual aku akan beli. "Selepas dah beli apa semua, aku pun pulang ke gerai dan susun baju Melayu untuk mula berniaga. Ketika inilah berlakunya satu keajaiban yang sungguh tak disangka akan terjadi dalam hidup aku," ujar lelaki itu. Menurutnya, dia didatangi oleh seorang lelaki warganegara Singapura yang dianggap sebagai 'pembawa' rezeki. Aku yakin itu adalah satu cara Tuhan nak beritahu kau supaya percaya pada rezekinya. WARGA MAYA "Aku tak habis lagi siapkan gerai, tiba-tiba datang mamat seorang ni, daripada gaya percakapan aku boleh agak dia orang Singapura. Secara spontan dia cakap nak terus 'angkat' enam pasang baju Melayu aku. "Aku macam terkejut. Dia cakap dia tak pasang niat pun nak beli baju Melayu daripada gerai aku, cuma apabila dia nampak aku tengah susun barang, hati dia macam terjentik nak datang singgah. "Selesai urusan aku dengan pelanggan tu, aku pun mulakan live TikTok untuk cari pendapatan tambahan. Tak lama selepas aku live tu, terus masuk 10 order baju Melayu dekat TikTok. Sebahagian ciapan balas warga maya. "Sebak aku jadinya, tapi aku cuba sembunyikan daripada penonton yang aku tengah nak menangis. Aku terfikir dalam satu hari tu je boleh berubah hidup aku. Tuhan kalau Dia nak bagi, memang Dia akan bagi," kata lelaki itu menutup bicara. Menjengah ke ruangan ciapan balas, warga maya percaya ia adalah satu petunjuk daripada Tuhan. "Sangat menginspirasikan, aku yakin itu adalah satu cara Tuhan nak beritahu kau supaya percaya pada rezekinya. Semoga terus maju kawan walaupun aku tak kenal kau secara peribadi. "Aku pun selalu turun ke pasar dan bazar, beli daripada peniaga-peniaga, suka dapat tengok keterujaan mereka apabila ada pelanggan datang. Harap rezeki perniagaan aku pun dapat dimurahkan," kata sebahagian warga maya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube