suria

Tetamu lama termenung depan tong sampah, segan nak buang lampin pakai buang anak... Rela bungkus bawa balik

Sebaiknya, sampah yang mempunyai sisa makanan elakkan membuang najis kedalamnya. - Gambar hiasan.

ZIARAH menziarahi terutama sepanjang Syawal sudah menjadi satu kebiasaan dalam masyarakat di Malaysia.

Namun dalam keseronokan dan keterujaan bertemu rakan atau sanak saudara, jangan pula kita lalai tentang adab ketika menziarahi tetamu.

Menerusi satu perkongsian di Facebook, seorang wanita yang menggelarkan dirinya 'ummi' menceritakan pengalaman berkunjung ke rumah anak saudaranya.

WhatsApp Image 2024-04-18 at 14.55.47

Membuang lampin pakai buang di rumah tetamu dianggap tidak beradab.- Gambar hiasan

"Ini pengalaman Ummi Zayd sendiri. Masa tu umur Zayd baru tujuh bulan lebih. Berkunjung ke rumah saudara yang tak ada anak kecil. Ditakdirkan tengah rancak berbual dengan tuan rumah, Zayd buang air besar dan bau sangat tak menarik.

"Ummi Zayd pun minta izin guna toilet dekat dapur untuk tukar lampin pakai buang. Bila dah siap tukar, Ummi Zayd cari tong sampah. Bila nak buang dalam tong sampah kat dapur ummi jadi serba salah gila.

"Dalam tong sampah yang terbuka ada sampah sisa makan dan beberapa plastik makanan. Lama Ummi termenung pandang tong sampah tuan rumah," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Tetamu cari rak buku ketika ziarah didakwa tak beradab, sebenarnya ada kisah di sebalik apa yang berlaku – “Jika jumpa saya harap tidak terasa hati”

ARTIKEL BERKAITAN:"Sekarang kita nak budaya orang cari tong sampah, bukan tong sampah cari orang"

Menurut wanita itu dia kurang senang untuknya membuang lampin pakai buang anaknya ke dalam tong sampah yang bersisa makanan.

Perasaannya itu timbul selepas memikirkan dirinya dilayan baik sebagai tetamu, dan tidak sanggup untuk meninggalkan 'hadiah' beserta bau yang kurang senang kepada tuan rumah yang telah menjemputnya.

"Inikah adab tetamu? Nak tinggalkan 'buah tangan' dan bau yang tak best dekat tuan rumah yang hidang kita makanan best? Layan kita dengan sopan santun dan beradab?

Inikah adab tetamu? Nak tinggalkan 'buah tangan' dan bau yang tak best

TETAMU

"Ummi tak jadi buang, ummi mintak plastik, bungkus lampin pakai buang Zayd dan buang dalam perjalan balik ke rumah," kongsinya.

Bagi wanita itu, situasi tersebut memberi pengajaran kepada dirinya untuk sentiasa membawa plastik untuk mengelakkan sampah dibuang di rumah orang.

Dia berpandangan, walaupun membuang sampah nampak seperti perkara remeh namun tindakan itu mungkin memberi impak besar kepada sesetengah individu yang mementingkan kebersihan.

"Pengajaran untuk ummi, sejak peristiwa itu, ummi selalu bawa plastik diapers sendiri. Setiap kali tukar lampin, ummi akan bungkus siap-siap ikat rapat-rapat untuk hilang rasa bersalah dan elakkan berbau.

"Kita tak tahu, boleh jadi nampak remeh bagi kita. Tapi boleh beri impak besar pada orang lain. Kita tak nak orang lain mengata buruk pasal kita. Ini bukan pasal betul atau salah, ini mengenai adab dan tanggungjawab menghormati sesama saudara lain supaya kita tidak menjadi tetamu yang tak diundang," kongsinya di Facebook.

huh

Adab menziarah tetamu terpakai untuk semua individu. -Gambar hiasan.

Netizen turut bersetuju dengan tindakan yang dilakukan oleh wanita itu yang membawa plastik sampah sendiri ke mana sahaja dia pergi.

"Kawan saya ada seorang ni kalau tukar lampin pakai buang anak memang akan bungkus elok-elok bawa balik buang di tong sampah, bukannya buang di rumah tuan rumah itu. Memang bagus amalan macam tu jangan jadi sesetengah orang buang merata siap kita pula tolong kutip buang bekas kencing tu.

"Sangat betul tindakan sis ni macam saya dulu kalau pergi mana-mana saya akan bawa wipes dan plastik kecil so setiap kali tukar pampers anak saya, saya aakan buang dalam plastik dan kat bawah masuk kereta dan buang. Saya tak akan tinggal di rumah atau toilet orang.

"Nampak remeh tapi ini la adab, saya akan pastikan pampers berikat rapi sebelum dibuang di tong sampah rumah orang, malah di rumah mak saya sendiri. Ada sekali saya ternampak orang cebokkan anak dia di sinki," antara komen warganet.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain