suria

Asyik kritik kerja isteri, lelaki serba ‘sempurna’ terima padah lepas pasangan masuk wad! Anak-anak tak terurus, baju busuk biar berlonggok

Tugasan rumah sememangnya meletihkan. -Gambar hiasan

MENGGALAS tugas sebagai suri rumah sepenuh masa bukan sesuatu yang mudah kerana ia hadir dengan tanggungjawab besar.

Begitulah yang dirasai wanita ini apabila dia mengambil keputusan untuk menjadi suri rumah sepenuh masa selepas berkahwin.

Tambahan pula sepanjang tempoh perkahwinan, dia dan suami hidup berasingan.

"Aku dengan suami PJJ (perhubungan jarak jauh) dan aku suri rumah. Mungkin sebab aku jenis low maintenance bab emosi dan kewangan... setiap perkara aku suka bawa bincang," ujarnya memulakan cerita.

Bapa perlu sentiasa meluangkan masa bersama anak-anak. -Gambar hiasan

Bapa perlu sentiasa meluangkan masa bersama anak-anak. -Gambar hiasan

Menurut wanita ini, bebanan tugas sebagai suri rumah mula dirasai apabila dia dianugerahkan anak empat tahun lalu.

Ia berikutan suaminya gemar mengkritik setiap perkara yang dilakukan terutama melibatkan cara penjagaan anak.

"Sejak ada anak empat tahun lepas, sebulan hanya seminggu sahaja dia ada di rumah. Dia suka persoalkan macam mana aku jaga anak.

"Mula-mula okay je, masuk anak kedua... ada sahaja perkara yang aku buat tak kena. Aku jadi panas," luahnya sedih.

ARTIKEL BERKAITAN: Semua nak sempurna, kalau boleh seekor semut pun tak nak tengok! Isteri dedah stres buat kerja rumah lenyap selepas ada ‘sesi khas’ dengan suami setiap malam

ARTIKEL BERKAITAN: Masa jadi suri rumah dilayan macam hamba, dah kerja terus dapat layanan baik... isteri terguris suami cuma sayang gajinya

Lebih menyedihkan apabila dia dianggap tidak menitikberatkan kebajikan anak-anak seperti terlewat mandi dan sebagainya.

Walhal kata wanita ini, dia menjaga kedua-dua anaknya dengan baik sehingga anak pertama menjadi seorang yang bijak dan sopan.

"Budak dua orang tu aku jaga elok sihat, yang nombor satu pakej bijak dan sopan tapi yang dia nampak perkera remeh.

"Aku lambat mandikan anak sebab WhatsApp dengan kawan, padahal no rush pun... tak ada kemana-mana," tambah pengadu sambil berkata suaminya mempunyai sikap kesempurnaan.

Bercerita lanjut, ujarnya, meskipun menjalani kehidupan sebagai pasangan PJJ dan jarang bertemu, namun suaminya sentiasa ringan tulang dan membantu tugasan rumah.

Ni satu lagi kes wife jatuh sakit atau masuk wad baru si suami sedar.

WARGA MAYA

"Suami aku tak jahat cuma dia perfectionist sikit bab anak dan dia bantu banyak perkara.

"Tapi kalau aku releks sikit, dia tak puas hati macam bab anak tu," katanya.

Situasi yang dialaminya itu berterusan sehinggalah dia dimasukkan ke hospital selama seminggu kerana terkena jangkitan denggi.

Sepanjang tempoh tersebut, suaminya menggalas tanggungjawab sebagai 'suri rumah tangga' dan menguruskan segala keperluan anak-anak.

Pada hari keempat dia berada di wad, suaminya datang bersama anak-anak untuk menziarah dan melihat keadaannya.

Suami perlu melakukan tugasan rumah bersama-sama isteri. -Gambar hiasan

Suami perlu melakukan tugasan rumah bersama-sama isteri. -Gambar hiasan

Apa yang mengejutkan apabila anak-anaknya datang dalam keadaan tidak terurus.

"Hari keempat masuk wad tu dia bawa anak-anak datang melawat... yang kakak dah macam badut, baju dan seluar design lain.

"Aku pun tanya mereka... baba buat breakfast apa? Anak-anak jawab nugget. Aku terus gelakkan suami sebab dia pernah cakap makanan tu tak berkhasiat," katanya sambil ketawa ketika mengimbau kejadian tersebut.

Menurut wanita ini, suaminya kemudian membuat pengakuan dan menyatakan kesukaran untuk mendapatkan kesempurnaan.

Malah katanya, suami turut membiarkan sebakul kain baju yang belum dicuci selain memanggil pekerja pembersihan untuk mengemas rumah.

Antara reaksi warga maya di ruangan komen balas

Antara reaksi warga maya di ruangan komen balas.

"Ni agaknya kalau isteri meninggal, tak sampai sebulan kahwin lain sebab tak mampu handle anak.

"Tak cerita kain sebakul tak cuci, nasib baik rumah tak sepah... itupun panggil orang kemas," katanya lagi.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang memberi reaksi mencuit hati kerana akhirnya para suami memahami tekanan dan beban tugasan sebagai suri rumah.

"Ni satu lagi kes wife jatuh sakit atau masuk wad baru si suami sedar.

"Sama macam abang ipar aku, mentang-mentanglah kakak aku suri rumah dia pandang rendah. Nak rumah macam istana tapi tak membantu langsung. Apabila kakak aku demam urat dekat semingu... rumah macam kena bom.

"Memang sesuai dengan lelaki yang macam ni, tau kritik tak reti membantu. Allah Maha Adil, sekali wife sakit," ujar beberapa warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain