suria

Nenek kecewa tak dapat periuk nasi baharu, lupa baca reviu sebelum beli di TikTok - “Berapa butir beras boleh tanak?”

Wanita itu berkata dia membeli periuk berkenaan pada harga RM10.50.

RAMAI pelanggan hari ini gemar membeli-belah melalui pelbagai aplikasi dalam talian termasuk TikTok kerana harga barangan yang dijual di platform berkenaan murah dan berpatutan.

Namun, seorang wanita berdepan detik melucukan apabila sebuah periuk nasi yang ditempah melalui aplikasi itu diterima dalam keadaan yang tidak disangka-sangka.

Menurut seorang wanita dikenali sebagai Nik Mah, rupa-rupanya barang yang dibeli bukanlah item sebenar, sebaliknya ia hanyalah periuk bersaiz mini sebesar dua jari manusia.

A courier contractor were busy arranging the items on the back of a lorry before making the delivery in Klang. — IZZRAFIQ ALIAS/The Star

Pelanggan perlu membaca keterangan produk sebelum membuat pembelian dalam talian. -Gambar hiasan

"Alahai... lapar (teringin) nak order (beli) juga dalam TikTok selepas tengok anakbuat. Kita pun order juga dalam TikTok.

"Tengok dalam TikTok, ada periuk harga RM10.50, tengok dalam tu besar. Keluar-keluar (daripada bungkusan) saiz dua puntung jari. Memang diketawakan anak," ujarnya dalam dielek Kelantan.

Menurut wanita itu lagi, periuk berkenaan akhirnya menjadi rebutan cucu-cucunya untuk dijadikan sebagai barang permainan.

Nak beli tengok yang orang komen dulu. Lepas tu tengok banyak mana dah terjual.

NETIZEN

"Alahai lapar nak order si emak. Kita terus order sebab tengok murah, ingatkan boleh letak beras (masak nasi). Cucu pakat berebut pula nak buat mainan," ujarnya.

Video yang dikongsi wanita itu menerima lebih 1.5 juta tontonan dan turut dibanjiri komen oleh pelayar TikTok.

"Nak beli tengok yang orang komen dulu. Lepas tu tengok banyak mana dah terjual.

ARTIKEL BERKAITAN: “Nak letak bawang apa pun tak tau” - Suri rumah teruk disakat suami, terhibur ‘unboxing’ rak tiga tingkat saiz ibu jari tangan

ARTIKEL BERKAITAN: Tunggu tudung bawal batu tak sampai-sampai, pelanggan buat aduan KPDN - “Seller dah gelabah, terus dia pos semua”

"Berapa butir beras boleh tanak ni?

"Lain kali baca reviu makcik," pesan netizen.

Beberapa netizen turut berkongsi pengalaman sama yang dilalui mereka sebelum ini.

"Saya pernah order alas meja RM10. Sampai-sampai, sama besar dengan tuala muka.

"Mak saya pun order almari baju murah RM28. Sampai-sampai tengok sebesar tapak tangan anak.

"Aku pernah beli periuk RM5. Rupanya dapat keychain," tulis netizen lagi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain