suria

Gadis bercium dengan lelaki tua di lot parkir... Wanita diminta jangan menyibuk, ada yang husnuzon anggap pasangan suami isteri

Pasangan bercinta tidak patut duduk berdua-duaan bagi mengelakkan godaan syaitan. -Gambar hiasan

MENJAGA adab dan kesopanan di tempat awam merupakan sebahagian daripada tata susila yang perlu diterapkan dalam hidup bermasyarakat.

Antara aspek yang wajar diberikan perhatian termasuklah menjaga pemakaian agar tidak mencolok mata dan tidak berkelakuan sumbang di khalayak ramai.

Menerusi satu hantaran di laman X, seorang wanita mendakwa melihat satu pasangan bercumbuan di dalam kereta di sebuah lot parkir pasar raya di ibu kota.

Haram untuk lelaki dan wanita berdua-duaan tanpa urusan mustahak sekiranya belum bernikah. -Gambar hiasan

Tambahnya, pasangan yang melakukan adegan intim tersebut mempunyai jarak perbezaan umur yang agak jauh

"Saya tadi singgah ke sebuah pusat beli-belah yang terkemuka di tengah Kuala Lumpur. Kemudian waktu saya nak pergi ambil barang di kereta, ketika itulah saya nampak sesuatu.

"Saya nampak ada satu pasangan ni dalam kereta Merdeces, mereka sedang bercium. Yang jadi gelinya, perempuan tu bertudung dan sekitar umur 20-an, manakala lelaki tu pula saya yakin dah usia 50 ke atas.

ARTIKEL BERKAITAN: “Sekarang siapa perbodohkan siapa?” - Tawaran lumayan, pemuda usia 22 tahun ‘test market’ jadi anak ikan sugar mummy

ARTIKEL BERKAITAN: Bos gila seks, pihak atasan takut bertindak! Ramai bengang mangsa masih diam, bertahan - “Dia anggap kamu suka, nak lagi”

"Dua kali saya lalu depan kereta pasangan tu, sikit pun mereka tak perasan. Tengah ghairah sangat kot. Saya syak teman lelaki dia tu sugar daddy agaknya," kata wanita itu menutup perkongsiannya.

Sebagai makluman, istilah 'sugar daddy' merujuk kepada individu yang memberikan 'penajaan' kewangan terhadap gadis yang sanggup memuaskan nafsunya.

Menjengah ke ruangan ciapan balas, sebahagian warga maya memilih untuk bersangka baik dan tidak sewenang-wenangnya menjatuhkan hukum ke atas pasangan tersebut.

Biasanya yang ralit buat benda macam ni secara terbuka adalah mereka yang belum halal.

WARGA MAYA

"Awak memang hidup nak kena menyibuk hal orang ke? Mana tahu mereka dah berkahwin, isteri muda barangkali. Boleh jadi poligami juga. Kalau buat andaian macam ni, automatik jadi fitnah tau.

"Hidup sendiri pun banyak kesilapannya, tak perlu nak fokus tentang kehidupan orang lain. Perbaiki diri sendiri dulu sebelum kita nak berjenaka tentang kekhilafan orang sekeliling," ujar beberapa pelayar.

Dalam pada itu, tidak kurang juga warga maya yang beranggapan tindakan pasangan itu sebagai melampau.

Warga maya memberikan pandangan masing-masing.

"Ada yang suruh husnuzon pasangan tu suami isteri, kelakar pula saya rasakan. Saya ni yang dah berkahwin, saya boleh cakap tak ada maknanya saya dengan suami nak buat benda macam tu dekat luar. Segan eh!

"Biasanya yang ralit buat benda macam ni secara terbuka adalah mereka yang belum halal. Harap maklumlah, tengah hangat berasmaradana menerusi dorongan syaitan.

"Tak kisah la suami isteri atau tidak, kalau buat benda tak senonoh sampai boleh dilihat orang ramai, ia dikira salah di sisi undang-undang. Boleh baca Ordinan Kesalahan Jenayah Syariah. Ingat tu, jangan ikut 'sedap' je," kata warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain