suria

Suami pelik isteri mengadu letih lepas mengajar di sekolah, guru dulu-dulu lebih ‘fit’ - “Bini balik rumah punyalah malas masak”

Guru yang telah mendirikan rumah tangga perlu bijak bahagi masa antara kerjaya dan keluarga. -Gambar hiasan

PROFESION guru merupakan satu kerjaya yang dipandang mulia oleh masyarakat.

Selain kerja hakiki untuk memberi ilmu kepada murid-murid, guru turut menanggung tugasan lain yang kadang kala berlanjutan sehingga tamat sesi persekolahan.

Di platform X, suami kepada seorang guru membuat luahan rasa tentang kerjaya isterinya itu.

interview SGHA winner BJKC founder, chairperson and teacher in Chow Kit. 01 OCTOBER 2023 一CHAN TAK KONG/The Star

Tugas mendidik kanak-kanak tidak semudah yang disangka. -Gambar hiasan

Menurut lelaki berkenaan, dia hairan dengan sikap isterinya yang malas melakukan kerja rumah kerana memberi alasan penat mengajar di sekolah.

"Aku nak tanya geng-geng cikgu, penat sangat ke jadi cikgu? Bini aku balik rumah punyalah malas nak masak, kemas rumah semua.

"Alasan sebab dia penat jaga budak tahun satu dekat sekolah. Tahun satu apa yang susah sangat?" ujar lelaki yang tidak mendedahkan identitinya itu.

Cikgu-cikgu tua elok je balik kemas rumah, masak dan sebagainya.

SUAMI

Dalam hantaran sama, dia turut membuat perbandingan umur isterinya dengan guru-guru lebih berusia yang tidak menggunakan alasan sama.

"Umur (isteri) baru 26 tahun. Cikgu-cikgu tua elok je balik kemas rumah, masak dan sebagainya. Bosan asyik dia beli (makanan) je," luah lelaki itu.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menyelar lelaki itu kerana gagal memahami bebanan tugas seorang guru, apatah lagi mereka yang bertugas di sekolah rendah.

ARTIKEL BERKAITAN: “Untung jadi cikgu, tiba-tiba gaji naik” - Pemuda sindir guru, bangkit isu kerja separuh hari... Siap sentuh banyak cuti sepanjang tahun

ARTIKEL BERKAITAN: Guru bercinta dengan pelajar siap meraba dalam kelas, pengetua enggan percaya laporan... Beri alasan ‘bini dia jauh lagi lawa’

"Pekerjaan paling penat ialah guru. Aku pernah jadi cikgu dan pernah kerja pejabat. Kerja pejabat lagi mudah.

"Cubalah sehari jadi cikgu, uruskan pula budak darjah satu. Tengok penat ke tak penat.

"Bodoh punya lelaki. Kau bayangkan darjah satu sekelas ada 40 orang. Dia mengajar tiga kelas sehari," ujar netizen.

Pupils going to school after long holidays and for the first day of 2024 school session at Rawang. — FAIHAN GHANI/The Star

Guru turut dibebani banyak tugas lain selain kerja hakiki mereka. -Gambar hiasan

Dalam pada itu, segelintir netizen turut meninggalkan komen makian dan menyuruhnya melakukan kerja-kerja rumah.

"Dah tu kau buat apa je bodoh. Tolonglah bini kau tu.

"Ingat bini kau tu kuli batak engkau ke? Tahu nak mengadu je. Dah tahu bini tu penat balik kerja tolong la tanak nasi ke apa dulu.

"Aku sebagai lelaki, boleh agak kau ni laki memang tak guna," tulis netizen lagi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain