TIDAK dinafikan, ramai dalam kalangan kita mudah tertarik untuk mengunjungi kedai makan atau restoran yang meriah dengan pelanggan. Situasi tersebut secara logiknya memberi gambaran bahawa kedai makan berkenaan sudah pasti menyajikan juadah enak sehingga menjadi pilihan ramai. Apabila sesebuah kedai makan 'sepi', sudah pastinya ia dikaitkan dengan kualiti makanan yang dijual atau faktor lain yang menyebabkan pelanggan tidak tertarik untuk menjamu selera di situ. Seorang individu tampil menceritakan tentang dirinya yang 'tertipu' ketika berkunjung ke sebuah restoran. Menurut individu berkenaan, dia menjamu selera di restoran tersebut atas rasa kasihan dan mahu memberikan sokongan memandangkan ia kelihatan sepi tanpa kehadiran ramai pelanggan. Kualiti makanan serta persekitaran menjadi antara faktor yang menarik pelanggan. -Gambar hiasan Namun niat tersebut ternyata makan diri sendiri, sekali gus membuatkan dirinya serik untuk untuk mudah berasa simpati. "Nota untuk diri sendiri. Jangan cepat kesian dekat kedai yang tak ramai orang datang. Ada sebab kedai dia tak ramai. Steady lauk berapa hari punya dia panaskan ni?" tulisnya dalam satu ciapan di laman X. ARTIKEL BERKAITAN: “Ini yang terakhir” - Lelaki kembang tekak nampak tikus dalam besen pinggan, ‘cik siti’ muncul lepas selesai makan ARTIKEL BERKAITAN: Makanan sampai di tangan, terus mengadu nasi basi, sambal pedas... Peniaga bengang kena penalti, pelanggan licik nak makan ‘free’ Individu tersebut turut memuat naik sekeping gambar memaparkan hidangan yang dimakan di restoran tersebut, iaitu sambal ikan dan sayur bayam. Biarpun tidak basi, namun ujarnya, rasa dan tekstur ikan serta sayur tersebut segar sehingga dia mendakwa makanan-makanan itu telah dipanaskan beberapa kali. Niat nak tolong support tapi last last sakit perut sebab makanan dah reheat berkali-kali. Pernah terkena dan hampir warded. NETIZEN Individu berkenaan bagaimanapun tidak menyatakan nama dan lokasi restoran dalam perkongsiannya. Sehingga kini ciapan pelanggan itu meraih lebih 2,300 ulang kicau. Menjengah ruangan komen, warga maya tampil menceritakan pengalaman serupa malah ada di antara mereka berkongsi tip sebelum memilih hidangan di restoran. Sebahagian daripada komen netizen terhadap perkongsian berkenaan. "Elakkan ikan atau ayam sambal atau masak merah yang based (masakan) ialah goreng. Selalunya ikan atau ayam goreng tak habis today, esoknya diolah jadi menu lain seperti gambar. If nak juga, ambil ikan goreng sebab boleh nampak fresh ke tak, lepas tu baru ambil sambal dari tempat ikan sambal tu. "Betul. Niat nak tolong support tapi last last sakit perut sebab makanan dah reheat berkali-kali. Pernah terkena dan hampir warded. "Kita punyalah kesian tengok kedai dia lengang. Lepas dah beli and rasa makanan dia, auto fikir no wonder la lengang,"demikian antara komen netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube