suria

Suami isteri batal makan malam anniversary, wanita Arab jahanamkan rumah sewa! Langkah masuk nyaris muntah bau tahi, arak

Rumah sewa itu ditinggalkan dalam keadaan yang kotor.

BERDEPAN dengan penyewa yang tidak bertanggungjawab merupakan satu mimpi ngeri bagi setiap pemilik kediaman.

Di platform X, seorang individu meluahkan rasa kesal apabila seorang penyewa wanita berbangsa Arab meninggalkan kediamannya dalam keadaan yang menjijikkan.

"Kali pertama dapat penyewa pengotor. Islam Arab tapi pengotor. Bukan nak bersikap perkauman, selama ni semua penyewa pembersih. Ini kali pertama sewakan unit kepada Arab, perempuan. Ingatkan okay sebab perempuan kan?

rumah 2

Selain pendingin hawa yang berkulat, kotoran seperti rambut juga dibiarkan di dalam sinki oleh penyewa.

"Semalam ulang tahun dengan suami, kami sepatutnya ambil kunci dengan penyewa sebab kontrak dah habis dan terus pergi makan malam. Dah tak jadi nak raikan, masuk-masuk unit kami bau tahi. Penyewa tu dah balik ke Arab dan penerbangan dia malam tu," ujar pengadu.

Dakwa individu itu, dia terhidu bau kurang menyenangkan seperti minuman keras sejurus melangkah ke unit berkenaan.

Selain seluruh kediaman yang ditinggalkan dalam keadaan bersepah, dia mendakwa turut berlaku kerosakan pada kelengkapan dalam rumah tersebut.

Pengajaran dekat sini, nak sewakan dekat Arab, fikirlah banyak kali atau pegang deposit banyak sikit.

PENGADU

"Masuk-masuk rumah bau busuk sangat, terutama dekat kawasan tandas. Saya dan suami nak muntah, bau arak pun kuat. Ada lipas lagi depan mata, pinggan tak basuh.

"Unit memang macam dia tak pernah cuci langsung. Kunci rumah rosak. Lampu rosak. Ia tak murah," ujarnya sambil menambah terdapat sisa rambut yang dibiarkan di dalam sinki.

Lebih menjijikkan, dia berkata pendingin hawa di kediaman itu turut berkulat gara-gara tidak diselenggara.

ARTIKEL BERKAITAN: Terpedaya ‘mulut manis’ Pak Arab, jemaah wanita luah masalah rumah tangga di Madinah... Hujung-hujung tak bagi balik hotel!

ARTIKEL BERKAITAN: Jururawat rupanya bawa diri kerja di Arab Saudi... Tak balik beraya tapi syukur dah tak perlu berkira beri duit untuk mak ayah

Menurut wanita itu, unit berkenaan disewakan selama setahun lebih kepada warga Arab berkenaan.

"Pengajaran dekat sini, nak sewakan dekat Arab, fikirlah banyak kali atau pegang deposit banyak sikit.

"Saya tanya kawan-kawan yang buat sewaan, kebanyakan mereka cakap penyewa Arab memang macam tu. Ada yang tak pengotor tapi biadab," ujar wanita itu lagi.

rumah 1

Kediaman itu kembali berseri selepas dibersihkan.

Di ruangan komen, netizen turut menzahirkan rasa simpati terhadap pemilik kediaman itu dan turut berkongsi pengalaman berdepan warga Arab yang bermasalah.

"Kebanyakan Arab memang pengotor. Habis hancur rumah ayah aku dia bawa mesin basuh masuk bilik tidur.

"Saya biasa kerja housekeeping, maaf cakap orang Arab memang tongkang pecah bilik tu dibuatnya.

"Ya Allah kesiannya. Ni saya tak suka puak-puak Arab datang Malaysia sebab perangai kotor dia tu merosakkan barang je," tulis netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain