suria

Suami syak isteri terikut ‘mazhab’ feminism di ofis selepas pindah KL! Asyik cakap pasal hak, tolong cedok nasi pun berkira

Suami isteri perlu saling membantu dalam menguruskan rumah tangga. -Gambar hiasan

TOLERANSI merupakan antara kunci utama dalam mencapai kebahagiaan rumah tangga.

Di platform X, seorang lelaki meraih perhatian netizen apabila mendakwa isterinya mula berubah gara-gara terpengaruh dengan gerakan feminism.

Memulakan cerita, lelaki itu berkata rumah tangga yang dibina cukup harmoni ketika mereka menetap di utara tanah air.

Page one plan on the alarming of rape cases in the rising plus sexual booming. We will ask them to pose pictures on both with silhouette act. We will add graphics into it. Pleases give some space for graphics in the picture. Another picture is on child abuse. — RAJA FAISAL HISHAN/The Star

Pergaduhan berterusan boleh menyebabkan keruntuhan rumah tangga. -Gambar hiasan

Namun, dia mendakwa isterinya mula berubah gara-gara terpengarauh dengan fahaman yang disebarkan di pejabat selepas mereka berpindah ke Kuala Lumpur.

"Betul ke ada gerakan feminism kat setiap pejabat? Isteri aku macam dah terpengaruh. Hari-hari balik pejabat dia beritahu perempuan ada hak itu ini bla bla bla.

"Kami baru je pindah tempat kerja. Dulu di utara, sekarang kami berdua kerja di Kuala Lumpur. Pernah satu hari lepas aku masak makan malam semua, hidang atas meja dan dia pun datang duduk.

Allahurabbi, tak tahu macam tu pun boleh jadi hamba suami padahal masak hidang tu semua saya buat.

SUAMI

"Kebetulan mangkuk nasi ada depan dia. Saya duduk dan minta dia cedok nasi untuk saya juga alang-alang dia tengah cedok, tapi dia terus letak mangkuk nasi tu jauh dari dia dan dia cedok lauk dan terus makan.

"Saya tergelak besar sebab ingat dia bergurau. Rupanya tidak, muka dia 'toya' sepanjang masa dan dia cakap alasan dia tak nak biasakan diri dia jadi hamba suami," ujar lelaki itu.

Bercerita lanjut, lelaki itu berkata isterinya juga mula berkira untuk melakukan kerja rumah termasuklah enggan mencuci pinggan yang digunakan olehnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Ramai ‘menggelupur’ tengok video isteri jadi pelayan di meja makan, dianggap hamba... Akhirnya suami buka mulut, tepis fitnah!

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita tak sabar diceraikan suami, pengorbanan urus rumah tangga tak dihargai... Paling sakit hati dilabel isteri derhaka

"Allahurabbi, tak tahu macam tu pun boleh jadi hamba suami padahal masak hidang tu semua saya buat. Minta tolong cedok nasi saja, alang-alang dia tengah buat.

"Basuh pinggan pun sama, dia basuh apa yang dia pakai saja. Sebelum ni tak macam ni pun," ujarnya lagi.

Pendedahan oleh lelaki tanpa identiti itu meraih 1,800 ulang kicau di platform X.

Malah, ia turut dihujani komen netizen yang memberikan pelbagai pendapat berhubung perkongsian itu.

Story on educate student/secondary school how to using sosial media correctly.

Wanita juga mempunyai hak-hak mereka dalam rumah tangga. -Gambar hiasan

"Saya sebagai wanita pun rasa isteri anon ni bodoh. Laki kau dah masakkan, kau cedok nasi yang depan kau pun tak boleh?

"Layan suami takkan jadikan kita hamba suami pun. Dalam perkahwinan kena ada give and take.

"Isteri dia ni lupa agaknya yang paling senang dapat pahala ialah berbuat baik dengan suami," tulis netizen.

Segelintir individu turut memberi cadangan supaya lelaki itu menceraikan isterinya jika perkara itu berlarutan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain