suria

Suami pemalas, kaki phone ada hati desak tambah anak! Isteri tak setuju diugut kahwin dua, guna modal tak dapat layanan batin

Pasangan suami isteri perlu berbincang sebelum mengambil keputusan untuk menimang cahaya mata. -Gambar hiasan

SESETENGAH pasangan mengamalkan perancangan keluarga atas beberapa faktor seperti ekonomi, kesihatan, kesibukan kerja dan sebagainya.

Pendek kata, suami isteri perlu berbincang dan mencapai persetujuan bersama sebelum mengambil keputusan untuk menambah bilangan zuriat kerana dibimbangi memberi kesan jangka panjang kepada keharmonian rumah tangga.

Namun kisah yang dikongsikan oleh seorang wanita ini begitu menyentuh hati, apabila menceritakan dirinya tertekan sehingga mengalami 'anxiety' berpunca daripada suami yang mendesak mahu menambah cahaya mata.

"Masalah bermula ketika anak aku yang kedua masih bayi. Dengan fokus dan masa banyak aku curah untuk dua anak kecilku. Suami, main phone, main game, lepas makan tidur.

"Perbalahan selalu berlegar dengan isu suami tak membantu, sampaikan aku rasa nilai diri aku hanya sebagai pembuat kerja rumah.

"Bila minta 'melayan', time aku penat dan mental koyak. Di situ mula timbul isu nak cari bini baru dan tambah 'cawangan'. Aku mula dapat anxiety akibat tekanan. Isu layanan batin dan emosi aku jadi 'modal' perbalahan," luahnya.

SUAMI 2

Suami juga perlu membantu isteri melakukan kerja rumah. -Gambar hiasan

Bukan tidak mahu menambah anak apatah lagi ia adalah anugerah Allah buat setiap pasangan, namun kata wanita tersebut, usianya yang bakal menginjak 40 tahun menjadi salah satu kebimbangan terbesar buat dirinya.

"Dengan anxiety yang aku hadapi, aku sangat tak mampu untuk mengandung dan fikir soal anak.

"Aku tak nak anak-anak jadi mangsa masalah emosi aku sebagai ibu. Aku minta suami ambil orang gaji dan dia cakap aku lembik, lemah walhal orang lain boleh beranak ramai," kongsinya lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita rindu sikap di awal perkahwinan, suami malas layan luahan hati isteri... Anggap terbawa-bawa adegan drama

ARTIKEL BERKAITAN: Suami pemalas sampai obes dan malas solat, isteri salahkan didikan keluarga! Dakwa mentua jenis alim tapi pengotor

Malah tambahnya, salah satu faktor utama lain yang menyebabkan dirinya keberatan untuk menambah zuriat adalah sikap suaminya sendiri yang berat tulang.

"Dia di rumah, lima hingga 10 peratus membantu. Kadang kosong peratus. Aku nyatakan peratusan bila dia di rumah tanpa bebanan kerja. Dan kalau dia bekerja, aku faham.

"Argument berlaku sebab dia cakap aku nak seorang lelaki yang perfect, tanpa cela.

"Sedangkan aku minta ajari anak-anak dengan agama dan beri perhatian sebagai seorang bapa. Bukan melekat dengan phone semata bila di rumah," luahnya lagi.

Ada suami tak membantu langsung... ada hati nak tambah anak. Sis fikir kebaikan untuk diri dan kesihatan sis okay.

NETIZEN

Disebabkan isu tambah anak, ujar wanita tersebut, perbalahan antara dirinya dengan suami ibarat tiada berkesudahan yang mana akhirnya dia diberi kata dua iaitu dimadukan.

"Dia label aku mengada bila aku minta seorang maid jika nak tambah anak. Dan aku cakap, aku nak minta nafkah RM1,500 sebulan jika dia kahwin lagi. Dia melenting, cakap akan bebankan dia.

"Dia cakap 'daripada ambil maid, elok saya kahwin lagi... boleh bantu awak buat kerja rumah dan tambah anak lagi'.

"Dia cakap dia rasa terabai. Aku yang curahkan masa, tenaga sampai tiada masa untuk diri sendiri. Lelah jiwa raga sebab dia tak memahami. Sebolehnya aku tak nak cerai tapi dalam masa yang sama sangat tertekan dengan keadaan," luahnya lagi.

KOMEN ANAK 1

Antara saranan netizen terhadap situasi dialami wanita berkenaan.

Perkongsian wanita berkenaan mengundang simpati warga maya dengan rata-ratanya menyarankan agar dia membawa masalah rumah tangganya ke pejabat agama untuk tindakan lanjut.

"Sis baca dah stres dik... pergilah pejabat agama.

"Saya yang baca, menjadi pula anxiety saya. Macam kes saya dulu. Akhirnya saya pilih untuk bercerai daripada hidup dengan lelaki yang pentingkan diri.

"Ada suami tak membantu langsung... ada hati nak tambah anak. Sis fikir kebaikan untuk diri dan kesihatan sis okay," demikian komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain