RAKAMAN video empat ekor ayam dalam sangkar dibawa menaiki kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Proton Exora mencuit hati warga maya dan mengundang pelbagai reaksi. Tambahan pula kesemua ayam tersebut dibawakan khas dari Simpang Durian di Jelebu, Negeri Sembilan ke Muar, Johor dan singgah di beberapa hentian seperti Senawang. Berkongsi cerita tentang klip tular tersebut, pemilik video yang ingin dikenali sebagai Cikgu Rosmawati berkata, kesemua ayam tersebut adalah milik ibunya Rohani Maaleh yang kini sudah berusia 81 tahun. Katanya, ayam-ayam tersebut dibawa bagi mengikut 'syarat' ditetapkan ibunya sekiranya mahu dia ‘meninggalkan’ kampung halaman untuk sementara waktu. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) “Mak cakap ‘kalau nak bawa aku ke rumah kome (kamu), bawa ayam aku sekali’. “Mak saya ni dah sangat tua, tapi apabila anak-anak ajak tinggal sekali... dia tak mahu dengan alasan ayamnya tiada siapa nak jaga,” katanya ketika dihubungi mStar. Bercerita lanjut, ujar Rosmawati, ibunya pernah sakit teruk dan dijaga oleh kakak keempatnya yang berada di Muar selama setahun. ARTIKEL BERKAITAN: Tuan kucing dah sampai kampung, cat sitter tiba-tiba nak refund duit sebab tak sempat beri makan... Ambil job 30 rumah sehari ARTIKEL BERKAITAN: 7 kali nafas terhenti masa tidur sebab alahan, pemuda tetap sukar nak lepas kucing kesayangan! Sepanjang tempoh tersebut, pelbagai alasan diberikan ibunya supaya dia boleh pulang ke kampung halaman. “Bermacam helah dia nak balik, bagi alasan ayam tapi kakak saya dah jual semua ayam tu. Kemudian mak mengalah sebab waktu itu, dia sakit sangat. “Akhirnya dia berjaya juga balik ke kampung menggunakan helah nak berbuka puasa di sana. Lepas tu, dia bela ayam semula. Kenangan menangkap ayam ibunya di dalam reban. “Baru-baru ini dia kembali sakit, kakak nak bawa ke Muar dia bagi alasan 'ayam' lagi untuk terus tinggal di kampung. Kemudian kakak cakap ‘bawa sekali ayam-ayam’... mak bahasakan dia Uwan pada ayam peliharaannya,” imbaunya. Desakan tersebut membuatkan ibunya membawa empat ekor anak ayam kesayangan yang dinamakan Didik. “Nak bawa semua tak boleh, tapi dia bawa ayam kesayangan dia... empat ekor yang dinamakan dengan panggilan Didik. Bersama sebahagian ahli keluarganya. “12 Mei bawa ayam ke Muar, sekarang dah nak balik kampung. Alasan kali ni pun sebab ayam. “Mak cakap yang ayam tu dah besar, kena lepas dalam reban sebab nak bagi main berlari,” tambahnya yang merupakan anak kelapan daripada sembilan beradik. Menurut Rosmawati, dia dan adik beradik cuba mendapatkan orang luar atau jururawat peribadi untuk menjaga ibunya di kampung. Ia berikutan keengganan ibunya untuk tinggal di rumah anak-anak dan mereka pula bekerja. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube