BERBUAT baik sesama insan pasti ada ganjaran yang menanti. Walaupun mungkin bukan dalam masa terdekat, kebaikan tersebut lambat laun tetap akan terbalas jua di akhirat kelak. Melalui satu perkongsian di laman TikTok, seorang lelaki dikenali sebagai Bosmel sedang dalam perjalanan dengan menaiki bot untuk bercuti di perairan Sabah apabila dia dihampiri oleh dua individu daripada suku Bajau Laut. Bosmel memberikan hadiah berupa wang tunai kepada penjual kelapa. Mereka dilihat merentas lautan menggunakan sampan sambil menjual air kelapa segar sebagai mata pencarian kepada pelawat yang baru tiba. Dalam keadaan cuaca yang panas terik, Bosmel dilihat bermurah hati membelikan air kelapa untuk kesemua 10 penumpang di atas bot yang dinaikinya. "Berapa harga satu buah kelapa ni?" tanya Bosmel ringkas. "RM5 satu, kalau untuk 10 orang saya kira RM40," kata remaja perempuan itu menawarkan diskaun. ARTIKEL BERKAITAN: Gadis ini dipuji suka bayarkan barang dibeli orang tak dikenali, ada yang tegur aurat tak payah ‘belanja’ ARTIKEL BERKAITAN: Rantai motor putus, pemuda baik hati bantu rider di Singapura... Sudahnya kesal tiada budi bahasa, set spanar pula buat ‘harta’! Setelah dipersetujui Bosmel, remaja itu dan rakannya mula memotong kelapa dalam keadaan sampan dilambung ombak yang bergelora sehingga dimasuki air. Meskipun keadaan persekitaran yang mencabar dengan matahari membahang, mereka dilihat tidak terjejas dan terus tekun bekerja seperti ungkapan alah bisa, tegal biasa. Simpati dan dalam masa sama kagum melihat kegigihan anak muda Bajau Laut itu, Bosmel tergerak hati untuk memberikan sedikit hadiah. Kira murah juga dia jual satu kelapa RM5 sebab dekat tengah laut kan, kalau di Semenanjung mesti harga dah naik 'kaw-kaw'. WARGA MAYA "Ini saya bagi RM100, baki simpan ya," ujar Bosmel ikhlas yang kemudiannya dibalas dengan senyuman daripada penjual kelapa itu. Di ruangan kapsyen, Bosmel menitipkan pesanan supaya sentiasa mensyukuri rezeki yang diberikan Tuhan. "Jangan bandingkan rezeki orang. Tuhan lebih tahu apa yang terbaik. Doa dan usaha jangan putus ya guys!" tulisnya. Warga maya bertukar pandangan. Menjengah ke ruangan komen, warga maya bermuhasabah diri melihat realiti kehidupan masyarakat Bajau Laut. "Bagus mereka berusaha, bukan hanya mengharapkan rezeki datang bergolek. Pada mulanya dia yang bagi potongan harga, lepas tu terus dapat 'segedebuk' RM100. Buat baik dibalas baik, teruskan bersedekah kerana ia tidak membuatkan kamu miskin. "Kira murah juga dia jual satu kelapa RM5 sebab dekat tengah laut kan, kalau di Semenanjung mesti harga dah naik 'kaw-kaw'. Bagus juga modus perniagaan dia, pokok kelapa liar memang banyak di pantai, tinggal nak panjat ambil dan jual je. Untung bersih melambung. "Aku ingat diri aku ni dah cukup penat kerja buruh angkat beg semua, rupanya ada yang lebih susah di luar sana. Terbuka sekejap mata ni," kata sebahagian warga maya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube