TERLAJAK perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya. Keceluparan mulut seorang wanita yang menyindir tindakan seorang lelaki di sebuah kedai dobi membawa padah apabila dia dikasari oleh individu berkenaan. Menerusi video berdurasi hampir lima minit yang tular, wanita bertudung itu seolah-olah menyindir pelanggan kedai dobi tersebut gara-gara tindakannya menghempas bakul pakaian di atas lantai. Wanita itu didakwa meyindir pelanggan berkenaan. "Kalau ada orang tua sakit jantung dekat sini, mati," ujar wanita dipercayai pekerja kedai dobi itu kepada dua lagi wanita lain. "Kau punya pasal la kau mahu mati," kedengaran lelaki botak itu pula menjawab sambil memasukkan pakaian ke dalam mesin basuh. Pekerja wanita yang sedang melipat pakaian itu kedengaran terus mengeluarkan ayat yang dipercayai ditujukan lelaki tersebut, menyebabkan dia naik angin. Lelaki tu baran tak tentu satu hal, perempuan tu katanya mengumpat tak kena tempat. Eloklah tu. NETIZEN Pelanggan itu kemudian kedengaran bertanya tentang syiling yang digunakan untuk mesin basuh layan diri di kedai tersebut. Jawapan yang diberikan oleh pekerja wanita itu membuatkan lelaki berkenaan berang sebelum dia bertindak melibas pakaian ke arahnya. Kemudiannya perbalahan mulut antara dua individu itu semakin memuncak apabila mereka berdepan sesama sendiri. ARTIKEL BERKAITAN: Amukan abang sado! Masa pesan terbayang salmon sepotong, tapi rupanya serpihan isi ikan... Tak berbaloi beli aglio olio RM33 sebekas ARTIKEL BERKAITAN: Gadis ini ‘makan’ penampar housemate! Terganggu sebab masak jam 5 pagi jadi punca, video CCTV tular di FB Lelaki tersebut turut menjerkah wanita berkenaan sambil memanggilnya dengan gelaran 'anjing'. Lelaki itu sekali lagi melibas muka wanita berkenaan dengan pakaian, menyebabkan mangsa memukul dadanya dengan tangan. Menurut keterangan pada rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang tular, perbalahan itu berlaku di sebuah kedai dobi di Penampang, Sabah pada 12 Jun lalu. Wanita itu dilihat bersama dua lagi individu, dipercayai rakan sekerjanya di kedai dobi tersebut. "Anjinglah kalau jenis lelaki pukul perempuan macam ni. Tapi berdasarkan ramai orang cakap, staf dobi perempuan tu yang kurang ajar. "Mengumpat lepas tu perli belakang pelanggan sambil gelak-gelak. Jadi bertemulah buku dengan ruas," tulis pemilik akaun X Malaysia Viral. Menjengah ke ruangan, ramai netizen memberikan sokongan terhadap lelaki itu, namun ada juga yang menyelarnya. Beberapa netizen turut tampil menjelaskan situasi sebenar memandangkan ramai yang sukar memahami dialek Sabah yang dituturkan dalam video berkenaan. Tangkap layar video yang tular di laman X. "Yang saya faham, lelaki tu datang bawa kain cucian lalu dia hentak bakulnya. Perempuan tu tegur janganlah buat begitu bikin terkejut orang, boleh sakit jantung tapi perempuan itu terus bercakap sampai lelaki itu marah. "Lelaki itu sampai dah marah-marah. Silap akak tu sebab dia tak reti diam je. Patut cukup sekali je tegur. Lepas tu sebab utama dia marah kerana dia minta syiling, tapi akak tu suruh ambil dekat mesin sebab itu self-service. "Aku selalu pergi dobi ni. Memang tiga orang ni bermasalah, itu je la aku boleh cakap. "Lelaki tu baran tak tentu satu hal, perempuan tu katanya mengumpat tak kena tempat. Eloklah tu. "Siapa suruh mulut kurang ajar sangat? Kalau kau bekerja, tak payah nak mengumpat perli-perli pelanggan," tulis netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube