suria

Suami bengang isteri suka rai birthday orang lain... Gigih beli kek, hadiah walau tengah pokai - “Lebih baik ingat hari mati”

Sikap isteri yang suka meraikan hari jadi orang lain kurang disenangi suami. -Gambar hiasan

MENYAMBUT ulang tahun kelahiran insan tersayang sememangnya mampu menyenangkan hati kedua-dua belah pihak, yang meraikan dan diraikan.

Namun, sudah menjadi trend zaman sekarang apabila ramai yang menyambutnya secara besar-besaran dengan kos tinggi merangkumi lokasi, makanan dan hadiah malah ada yang sanggup membayar khidmat kejutan.

Seorang lelaki meluahkan rasa kurang senang di Facebook apabila isterinya sering meraikan hari jadi orang-orang terdekat dengannya dan ia tidak dilakukan secara bersederhana.

Suami kurang senang isteri selalu menyambut hari jadi ahli keluarga dan sanak saudara. -Gambar hiasan

"Isteri saya jenis suka sambut hari jadi orang. Adik beradik dia enam orang, pakcik-pakcik dan makcik-makcik dia pun nak sambut.

"Boleh dikatakan setiap kali balik belah sana ada je nak beli kek, sate itu ini. Masalahnya duit tak banyak. Kadang-kadang sampai bergaduh.

"Saya pula jenis malas nak raikan walaupun hari jadi sendiri. Apa lagi kalau orang lain punya (hari jadi)," katanya dalam perkongsian di grup Ragam Rumah Tangga.

ARTIKEL BERKAITAN: Anak akur hari jadinya tiada sambutan khas! Menangis ketika diraikan walau tumpang majlis birthday sepupu - “Dia tulis ucapan untuk diri sendiri”

ARTIKEL BERKAITAN: Gigih sambut birthday kawan siap kumpul duit, hari jadi sendiri ‘krik krik’ tiada siapa rai! Wanita terasa sampai sekarang

Bagaimanapun, lelaki itu menegaskan bahawa dia tidak ada masalah apabila pasangannya 'gigih' meraikan hari lahir orang lain.

Tetapi, isu mula timbul apabila isterinya sanggup mengeluarkan belanja besar setiap kali sambutan dilakukan, walaupun kewangan mereka tidak begitu baik.

"Kalau duit dia ada RM1 bilion, lantak la nak raikan macam mana pun. Asal balik (kampung), nak beli hadiah. Nak beli kek, nak beli makanan. Sampai bergaduh laki bini.

"Bukan ke bengap tu. Baik tak payah kahwin. Dedikasikan seluruh hidup untuk raikan hari jadi je.

Perempuan ni kalau dia dapat hadiah daripada kawan, dia akan balas balik walau apa cara sekali pun.

NETIZEN

"Kenapa orang perempuan ingat hari jadi ni penting sangat pun saya tak faham. Hari mati perlu la kita ingat. Hari lahir tak ada faedah langsung nak ingat," katanya, geram.

Hantaran dibuat lelaki ini meraih perhatian netizen yang turut bersimpati dengan apa yang berlaku dalam rumah tangga lelaki itu.

Rata-ratanya turut memahami usaha yang dilakukan isteri adalah bertujuan menghargai kawan-kawan dan saudara maranya.

Komen netizen di Facebook.

"Perempuan ni kalau dia dapat hadiah daripada kawan, dia akan balas balik walau apa cara sekali pun.

"Dia guna duit suami atau duit sendiri? Kalau duit suami, kau ceramah dia. Kalau duit sendiri, kau tegur je. Kalau tak nak dengar, kalu lantakkan dia situ.

"Saya tak pernah rasa nak raikan hari jadi sendiri sebab tak pernah disambut orang lain. Jadi apa saya buat berdasarkan apa saya dapat," komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain