suria

Pemuda dua selera, hati rasa nak kahwin tapi nafsu pada kaum sejenis! Jenayah liwat ubah hidup lelaki ini, jiwa kosong tanpa cinta wanita

Peristiwa hitam yang berlaku ketika kanak-kanak boleh memberi kesan sehingga dewasa. -Gambar hiasan

GOLONGAN yang bernafsu songsang sering dipandang jijik oleh anggota masyarakat.

Namun menurut seorang lelaki biseksual, dia tidak pernah minta dilahirkan dengan perasaan itu.

Sebaliknya dia mendakwa nafsu songsang itu mula bercambah selepas menjadi mangsa pengantunan seksual (sexual grooming) ketika zaman kanak-kanak.

Blanketed by haze.A boy looking out the window of MRT. P.Nathan/The Star

Kanak-kanak sepatutnya dilindungi, bukannya dijadikan sebagai pemuas nafsu. -Gambar hiasan

"Sewaktu kecil sejak umur lapan tahun aku menjadi mangsa gangguan seksual dan berlarutan sehingga umur 12 tahun.

"Aku awalnya diraba sehinggalah diliwat berkali-kali. Naifnya aku ketika itu. Aku diperlakukan begitu oleh orang terdekat.

"Daripada perasaan jijik sehingga tanpa aku sedar peristiwa itu telah mengubah kehendak seksual aku menjadi biseksual," ujarnya.

Si pelaku itu sudah mempunyai anak tetapi aku yang menderita dalam diam.

MANGSA PENGANTUNAN SEKSUAL

Lelaki itu membuat pengakuan berkenaan menerusi hantaran di laman X.

Bercerita lanjut, lelaki berkenaan mengakui sedih dengan nasib yang menimpa diri, sekali gus menyebabkan dia gagal mencari jodoh seperti insan kebanyakan.

"Aku cuba melawan nafsu suka melihat lelaki tapi gagal sehingga sedih dan cemburu lihat orang lain mampu berpasangan normal.

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri curi-curi buka DM Instagram suami, meremang baca mesej lelaki... Kawan gim asyik menggoda! - “Dia tulis morning sexy”

ARTIKEL BERKAITAN: Suami sendiri bercium dengan lelaki depan mata! Isteri jadi buntu bapa dua anak-anaknya mengaku punya selera dua jantina

"Aku menolak pelawaan wanita untuk bernikah. Kadang-kala aku rasa tidak adil. Si pelaku itu sudah mempunyai anak tetapi aku yang menderita dalam diam.

"Aku rasa lebih baik jika aku tidak diganggu secara seksual sewaktu kecil. Mungkin aku mampu mengecapi kebahagiaan sebagaimana abang-abangku yang lain," luahnya lagi.

Dalam perkongsian sama, jejaka berumur 28 tahun itu mengakui dia kini sudah mempunyai kehidupan yang stabil.

"Aku lelaki 28 tahun. Bekerja dalam bidang profesional, boleh dikira muda dan berjaya untuk sesiapa yang seusia. Perasaan aku sekarang sama seperti peribahasa ditelan mati emak, diluah mati bapa.

x (51)

Lelaki normal pastinya mengimpikan untuk berkahwin dan memiliki cahaya mata. -Gambar hiasan

"Mengakhiri umur lewat 20-an, ada satu perasaan yang kerap kali datang tatkala aku kesunyian. Aku sedih... sedih kerana mengenangkan ujian yang sukar untuk aku reda.

"Orang melihat seolah aku lengkap sempurna, berjaya, ada rupa paras dan maskulin. Tak ubah seperti lelaki idaman seorang wanita. Tetapi aku sebenarnya dikhinati dengan perasaan biseksual," katanya.

Di hujung perkongsian, dia turut memohon doa orang ramai agar mampu keluar daripada kancah nafsu songsang dan menjalani hidup normal seperti lelaki lain.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain