suria

Perogol mahu bertanggungjawab hamilkan gadis bawah umur... Mak ayah mangsa terus ‘cair’, tarik balik laporan polis

Hamil anak luar nikah boleh menjejaskan masa depan remaja. -Gambar hiasan

GEJALA sosial dalam kalangan remaja hari ini sememangnya membimbangkan masyarakat terutamanya mereka yang bergelar ibu bapa.

Di platform X, seorang individu berkongsi kisah adiknya yang hamil anak luar nikah selepas terlanjur dengan seorang lelaki.

Menurut pengadu itu yang berusia 24 tahun, dia dan keluarga buntu memandangkan adiknya merupakan remaja bawah umur.

WhatsApp Image 2024-06-16 at 1.39.47 PM

Anak luar nikah biasanya diserahkan kepada pasangan yang tiada cahaya mata. -Gambar hiasan

"Adik aku bawah umur, partner pun bawah umur. Terlanjur dah mengandung tiga bulan. Nak nikahkan tapi undang-undang baharu bawah 18 tahun tak boleh nikah.

"Ibu bapa aku dah depresi sangat, ada sesiapa tahu penyelesaian yang lebih baik? Kami tiada perancangan untuk gugurkan kandungannya.

"Aku dah bawa pergi klinik, dah ada ubat tapi ibu bapa aku menentang idea untuk gugurkan. Sebab tak nak berdosa dah," ujarnya.

Kami dah buat laporan polis tapi ditarik balik sebab dia nak bertanggungjawab.

KAKAK

Menurut pengadu, keluarganya turut menarik balik laporan polis yang dibuat kerana mahu lelaki itu bertanggungjawab atas apa yang berlaku.

"Sekarang aku buntu. Lelaki itu anak yatim piatu, dia dah bekerja. Kami dah buat laporan polis tapi ditarik balik sebab dia nak bertanggungjawab. Kesian dia sebarang kara, sebab tu tak jadi nak humban penjara," ujarnya lagi.

Di sebalik cadangan untuk menyatukan dua remaja itu, pengadu berkata dia tidak yakin keputusan berkenaan akan menamatkan kemelut dalam keluarga mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: Tergamak suruh gugur kandungan! Wanita ini dipandang hina gara-gara bunting pelamin... Ramai tuduh hamil anak luar nikah

ARTIKEL BERKAITAN: Sudah 20 hari kekasih ‘terlepas’ datang haid, pemuda umur 20 tahun gelabah cari pil elak hamil... Netizen ucap tahniah, selamat jadi bapa!

"Aku macam menentang perkahwinan mereka, sebab kedua-dua mereka tak bercinta sangat pun. Jadi saya syak kalau kahwin pun tak lama. Tapi ayah nak dia bertanggungjawab.

"Daripada hantar dia ke rumah kebajikan, baik jaga dia terus, lagipun adik ni memang bermasalah dan beban besar untuk keluarga," ceritanya lagi.

Perkongsian itu turut meraih perhatian netizen yang sama-sama memberi pendapat untuk menyelesaikan masalah antara dua remaja tersebut.

Page one plan on the alarming of rape cases in the rising plus sexual booming. We will ask them to pose pictures on both with silhouette act. We will add graphics into it. Pleases give some space for graphics in the picture. Another picture is on child abuse. — RAJA FAISAL HISHAN/The Star

Pergaulan bebas merupakan salah satu punca kehamilan luar nikah dalam kalangan orang muda. -Gambar hiasan

"Jangan kahwinkan adik kau dengan budak lelaki tu, makin jahanam hidup nanti. Hantar adik ke pusat perlindungan remaja wanita, ada banyak.

"Bawa ke pusat perlindungan wanita. Nanti mereka akan jaga adik sampai dia beranak, anak luar nikah tu akan ada ibu bapa angkat yang dah siap-siap tunggu nak bela kalau pihak ibu kandung mengizinkan.

"Bawah 18 masih boleh kahwin cuma prosesnya agak lama. Pergi rujuk pejabat agama, kau akan tahu apa prosedurnya.

"Boleh nikah dengan kebenaran mahkamah syariah," tulis beberapa netizen di X.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain