suria

Panik anak autisme hilang, ibu terus terjun kolam ikan keli... Dah tak peduli rasa geli, kena sengat

Ibu bapa perlu memantau anak-anak terutama yang dekat lokasi berisiko. -Gambar hiasan

ANAK merupakan anugerah terindah bagi mana-mana pasangan yang mendirikan rumah tangga.

Namun harus diingat, anak juga merupakan amanah dari Allah yang perlu dijaga sebaiknya sehinggalah mereka dewasa dan dididik menjadi manusia berguna.

Di TikTok, seorang wanita meraih perhatian ramai apabila dia berkongsi tentang pengorbanannya dalam membesarkan seorang anak istimewa.

Kanak-kanak tidak patut dibiarkan bermain di kawasan tasik atau kolam. -Gambar hiasan

Perkongsian itu dibuat sebagai respons kepada berita di TikTok tentang kes kematian kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin yang hilang sebelum ditemukan mati dibunuh Disember lalu.

"Saya ada anak autisme. Anak saya pernah hilang dalam sekelip mata di rumah. Terus saya terjun kolam ikan belakang rumah.

"Masa tu tak ingat dah berkaki ayam, dalam tu penuh dengan ikan keli sambil meraung panggil nama anak. Rupanya anak saya naik basikal roda tiga.

Ada anak autisme ni kesabaran perlu ada pada tahap maksimum.

IBU KANAK-KANAK AUTISME

"Dia pergi kedai burger sebab rutin setiap petang, atuk dia akan bawa dia pergi beli burger. Tapi petang tu atuk tak sihat, jadi dia pergi sendiri. Balik sengih-sengih," kongsinya.

Menurut wanita itu, dia sebagai ibu sanggup melakukan apa sahaja demi keselamatan anak-anak, apatah lagi yang dilahirkan sebagai anak syurga.

"Bab anak hilang ni, mak-mak terus hilang akal tak ingat apa dah. Yang penting anak selamat. Sebelum ni memang geli tengok ikan keli.

ARTIKEL BERKAITAN: “Dah plan cantik, tiba-tiba cacat” - Suami isteri malu zuriat pertama autisme, meratap fikir apa salah dan dosa

ARTIKEL BERKAITAN: Nasib anak autisme, dilayan buruk beraya di kampung... Ibu tak sanggup tengok asyik kena marah, dituduh hilangkan barang kemas

"Tapi sebab nak cari anak, langsung tak ingat yang ikan keli tu ada duri sengat. Masa dia sampai rumah, nak marah bukannya dia faham.

"Akhirnya basikal roda tiga tu saya buang dalam longkang sebab geram. Alhamdulillah anak selamat. Ini sebahagian pengalaman pahit manis ada anak autisme.

"Ada anak autisme ni kesabaran perlu ada pada tahap maksimum. Insya-Allah harap dia tak lupa tarik mama, abah dan adik-beradik dia masuk syurga nanti," tulisnya lagi.

Perkongsian wanita itu turut dibalas dengan pelbagai komen oleh warga Tiktok.

Malah, beberapa individu yang pernah berdepan kejadian hampir sama turut berkongsi pengalaman mereka di ruangan tersebut.

Blanketed by haze.A boy looking out the window of MRT. P.Nathan/The Star

Anak-anak merupakan amanah daripada Allah buat ibu bapa. -Gambar hiasan

"Betul, saya pernah hilang anak di pasar raya. Rasa kaki tak pijak tanah, tak sampai setengah jam saya dah kalut.

"Samalah, ada anak istimewa. Pernah hilang dia pergi kedai sendiri. Saya separuh gila cari masa tu.

"Anak autisme saya pernah hilang, jumpa kat paya. Meraung macam apa masa cari tu. Sampai kereta pun masuk longkang.

"Saya ada anak autisme. Jangan kata keluar rumah, anak menyorok belakang langsir pun kita menggelabah cari," tulis beberapa netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain