suria

Tukang urut batin saran pasangan kekasih pernah zina taubat sebelum nikah, bimbang berlaku 4 perkara buruk lepas kahwin

Amir menjelaskan kesan sekiranya tidak bertaubat selepas berzina. -Gambar hiasan (kiri)

TIDAK ada siapa pun di dunia ini yang mahukan rumah tangga mereka kecundang di tengah jalan.

Justeru setiap pasangan suami isteri perlu berusaha memperbaiki diri agar hubungan yang terbina berkekalan sehingga akhir hayat.

Demikian juga mesej yang disampaikan oleh seorang tukang urut batin bernama Amir menerusi video yang dikongsi di media sosial.

Melakukan maksiat adalah dosa besar. -Gambar hiasan

Menerusi rakaman tersebut, dia meminta agar pasangan kekasih yang mahu menghalalkan hubungan supaya segera bertaubat sekiranya mereka berdua pernah melakukan maksiat sebelum berkahwin.

"Kalau awak sudah pernah berzina dengan pasangan dan nak berkahwin dengan dia. Ini pesanan saya. Tolong dengar nasihat saya.

"Saya sudah pernah jumpa beberapa kes sedemikian. Apa saya boleh nasihatkan adalah tolong bertaubat. Sebab apa... kamu berdua daripada nak bawa perkara haram kepada yang halal.

"Perkara yang halal ni... anda tak akan rasa keberkatannya kalau sudah biasa buat benda yang haram," ujarnya dalam video berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Indahnya taubat... Pasangan berzina sebelum nikah diuji rezeki sempit, serba-serbi tak cukup! - “Masa tu tak fikir kifarah”

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri staf hospital mengaku berzina dengan rakan sekerja! Suami suri rumah sangsi anak siapa dalam kandungan

Menurut Amir, dia pernah melihat sendiri perkara buruk terjadi kepada pasangan suami isteri dan rumah tangga yang dibina mereka apabila tidak bertaubat sebelum nikah..

Dalam video sama, lelaki ini menyenaraikan empat kesan yang mungkin berlaku kepada rumah tangga, dipercayai berdasarkan cerita pelanggan-pelanggannya yang diurut.

"Pertama, suami atau isteri akan buat hal dengan curang. Kemudian yang kedua adalah mereka ni asyik bergaduh.

Apa saya boleh nasihatkan adalah tolong bertaubat.

AMIR

"Yang ketiga, tempoh perkahwinan mereka tak akan lama. Yang keempat adalah hilang nafsu dekat pasangan

Jadi kalau anda sudah pernah berzina, kedua-dua orang itu tolong bertaubat. Tak boleh salah satu sama ada perempuan sahaja atau lelaki sahaja (bertaubat) untuk membawa keberkatan dalam perkahwinan," ujarnya lagi.

Selepas hantaran tersebut dikongsikan semula di X, rata-rata netizen bersetuju dengan nasihat yang diberikan Amir.

"Point pertama bertaubat untuk menyesali dosa-dosa tersebut dan nak bina masjid dalam keadaan yang diredai. Semoga kita semua diberi peluang untuk mendapat reda Allah," ujar warga maya.

Komen netizen pada video.

Bagaimanapun, terdapat individu yang kurang bersetuju dengan pesanan diberikan kerana dianggap akan 'menakut-nakutkan' individu untuk berumah tangga.

"Orang macam ni la yang akan buat pasangan sudah berkahwin (yang nak lupakan masa silam dan bertaubat).

"Terlebih berfikir sampai timbul perselisihan faham dalam rumah tangga yang sudah pun halal tapi akhirnya bercerai. Buat teruk!" komen netizen lagi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain