suria

Jumpa jemaah haji termenung tepi jalan, sesat 2 hari tak makan... Mutawif Malaysia ‘korban’ selipar, berkaki ayam bantu hantar balik hotel

Kisah mutawif Malaysia (kanan) membantu dua jemaah Indonesia raih pujian netizen di media sosial.

DALAM usaha untuk mendapatkan haji yang mabrur, para jemaah pastinya akan berdepan pelbagai cabaran sepanjang berada di tanah suci Makkah.

Selain cuaca yang tidak menentu, jemaah yang sudah lanjut usia juga sering berdepan masalah kesihatan sehingga mengganggu kelancaran ibadah haji.

Di TikTok, kisah dua jemaah haji yang terkandas dan berdepan masalah kewangan ketika berada di Makkah meraih perhatian netizen.

jemaah3

Netizen berbangga dengan sikap mulia yang ditunjukkan pemuda Malaysia ini.

Dalam video berkenaan, jemaah dipercayai pasangan suami isteri itu kelihatan duduk termenung di tepi jalan sambil memerhatikan orang ramai.

Menurut Syafiqah Razali yang berkongsi kisah itu, pasangan berkenaan sudah lanjut usia dan mereka merupakan jemaah haji dari Indonesia.

"Mutawif jumpa pakcik dan makcik Indonesia ni terkandas dua hari. Tak makan dan masih berpakaian ihram.

Sekarang baru tahu kenapa Arab Saudi hormat dengan jemaah haji Malaysia.

NETIZEN

"Handphone dan duit tak ada, selipar putus. Mutawif bagi makanan, air dan selipar dia sendiri.

"Lepas tu tolong hantarkan pasangan itu balik ke hotel mereka," kongsi Syafiqah.

Meskipun pasangan berkenaan bukan jemaah Malaysia, rata-rata netizen meluahkan rasa simpati terhadap mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: Jemaah haji merungut, marah suami dalam hati depan Kaabah... Allah nak tegur, sekelip mata pasangan hilang ketika tawaf!

ARTIKEL BERKAITAN: Warga emas tarik diri sebelum berlepas ke Makkah, tawaran haji wanita ini ‘auto’ batal! Khidmat peneman dah tak diperlukan

Malah, ramai yang tertanya-tanya identiti mutawif yang baik hati membantu pasangan tersebut sehingga mereka akhirnya selamat dihantar pulang ke hotel.

Menjawab soalan netizen, Syafiqah berkata mutawif berkenaan merupakan adik lelakinya.

jemaah2

Dua jemaah yang terkandas itu akhirnya dihantar pulang ke hotel mereka oleh seorang mutawif.

"Ni adik saya. Masih muda tapi tahu erti tanggungjawab, jaga jemaah macam keluarga sendiri," tulis wanita itu.

Netizen mula membanjiri video itu dengan komen pujian dan berbangga dengan sikap baik yang ditunjukkan mutawif berkenaan.

"Akhlak orang kita memang terbaik, sebak pula rasanya.

jalan kaki ayam

Mutawif itu sanggup berjalan kaki ayam selepas memberikan seliparnya kepada jemaah berkenaan.

"Sekarang baru tahu kenapa Arab Saudi hormat dengan jemaah haji Malaysia.

"Bagusnya anak muda ini. Sangat bertanggungjawab," tulis beberapa netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain