suria

Demi isteri mengidam, suami ketuk rumah penjual ketupat palas tengah malam... Syukur peniaga sedekah, seolah-olah tahu ‘belum gaji’

Kebanyakan wanita hamil mempunyai keinginan tinggi dalam makanan manis dan tradisional. -Gambar hiasan

SETIAP individu mempunyai cara tersendiri untuk menterjemahkan rasa cinta dan sayang kepada pasangan mereka.

Begitulah yang dilakukan lelaki ini apabila dia sanggup 'mengembara' jauh demi membeli ketupat palas untuk isterinya yang hamil.

Berdasarkan satu tangkap layar perbualan di WhatsApp yang tular, lelaki tersebut memaklumkan peniaga bahawa isterinya teringin makan ketupat palas kerana mengidam.

"Salam bang. Terima kasih banyak-banyak, Allah dengar doa saya... saya memang belum gaji lagi tapi isteri saya teringin sangat.

Tangkap layar perbualan yang dikongsikan Salina di TikTok miliknya.

Tangkap layar perbualan yang dikongsikan Salina di TikTok miliknya.

"Itu yang datang dari jauh, terima kasih bang. Semoga abang dipermudahkan segala urusan dunia dan akhirat," luah lelaki itu kepada peniaga ketupat palas.

Pada masa sama, peniaga berkenaan turut mendoakan supaya urusannya dipermudahkan kerana berniat baik dan berusaha melakukannya untuk isteri tercinta.

"Semoga Allah mudahkan segala urusan awak, lancarkan segala rezeki awak, tujuan dan niat awak baik sangat... lagi-lagi isteri awak.

"Allah memang akan sentiasa dengan orang yang berniat baik, insyaAllah. Sekarang kalau kita susah, nanti Allah akan bagi awak senang selagi mana awak yakin dengan Dia," balas peniaga.

ARTIKEL BERKAITAN: Siap beli tray hospital... Ibu mengidam dijemput datang jabatan sajian HSAH ambil makanan wad, lega dapat ikan sambal dan ‘sweet sour’

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri mengidam putu mayam tapi ada banyak ‘kriteria’, netizen ajar suami ‘tipu’ kalau gagal penuhi syarat

Berkongsi cerita mengenai kejadian itu, Salina Aziz berkata, dia dan suami sememangnya menjual ketupat palas pada musim perayaan.

Namun tanpa diduga, suami kepada wanita hamil itu sanggup datang pada tengah malam dari Setia Alam ke rumah mereka di Bandar Kinrara, Selangor, kerana ingin membeli ketupat palas disebabkan isterinya mengidam.

"Pelanggan ni datang tengah malam semata-mata nak beli ketupat palas sebab isteri dia mengidam," ujarnya memulakan cerita.

Situasi yang dialami pelanggannya itu membuatkan Salina mengimbau kenangan ketika dia mula mendirikan rumah tangga dengan pasangan.

Menurutnya, di awal perkahwinan sehinggalah dirinya hamil anak pertama, dia dan suami berada dalam keadaan susah serta serba kekurangan.

Masa saya mengidam, tak terluah pada suami sebab faktor kewangan. Tapi Allah Maha Baik, mesti ada jiran-jiran yang bagi makanan yang saya nak tu.

WARGA MAYA

"Waktu saya hamil memang hidup serba kekurangan. Di saat saya mengidamkan sesuatu, tak terluah dengan kata-kata untuk meminta dengan suami saya.

"Saya pendam apa yang saya teringin, saya usap perut memujuk anak supaya saya tidak timbul perasaan rasa nak makan makanan yang ayahnya tidak mampu sediakan," ujarnya.

Mengakui berdepan situasi yang hampir serupa dengan pelanggannya itu, ujar Salina, dia tidak menyangka niatnya untuk bersedekah secara kebetulan sangat membantu memudahkan individu berkenaan.

Malah katanya, tindakan itu dilakukan tanpa mengetahui bahawa pelanggannya belum menerima gaji bulanan.

"Saya kongsikan kisah ini bukanlah sebab nak tunjuk kami baik. Waktu pelanggan ni datang nak membeli, Allah detikkan hati saya untuk sedekah sahaja pada dia tanpa saya tahu dia sebenarnya belum gaji.

Antara reaksi warga maya di ruangan komen

Antara reaksi warga maya di ruangan komen.

"Tengoklah, Allah Maha Baik pada suami yang mendahului isteri. Selagi mana niat kita baik, Allah sentiasa ada... bergantunglah dengan Allah kerana Allah adalah yang Maha Berkuasa," tambahnya.

Perkongsiannya itu mendapat pelbagai reaksi daripada warga maya terutama golongan wanita.

Rata-ratanya berkongsikan pengalaman mengidam semasa hamil.

"Teringat masa hamil anak pertama mengidam nak makan buah koko. Buat status dekat Facebook, kemudian ada abang tu dari Rompin (Negeri Sembilan) rasanya sanggup datang ke Kuantan (Pahang) sebab nak bagi buah koko tu.

"Masa saya mengidam, tak terluah pada suami sebab faktor kewangan. Tapi Allah Maha Baik, mesti ada jiran-jiran yang bagi makanan yang saya nak tu... sedih, semua jiran dah pindah.

"Dulu masa anak pertama mengidam buah manggis tapi masa tu dalam wad. Minta suami belikan, sampai sudah tak jumpa tapi Allah tu Maha Baik jiran katil sebelah bagi seikat buah manggis. Makan sambil menangis," ujar beberapa warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain