suria

Baru ‘lompat’ ke M40, lelaki perlekeh bakal isteri gaji B40... Desak cari kerja lain - “Dia nampak saya tiada masa depan”

Pasangan tidak sekufu boleh mewujudkan jurang dalam hubungan. -Gambar hiasan

MENCARI pasangan sekufu atau sama taraf dikatakan dapat mengelak daripada berlakunya pertelingkahan dalam rumah tangga.

Seorang wanita meluahkan rasa terkilan dengan pasangannya yang menunjukkan perubahan sikap apabila gajinya semakin besar.

Tanpa mendedahkan identiti diri, dia berkata mereka masing-masing pada asalnya mempunyai pendapatan bulanan yang hampir sama tetapi pasangannya kini mendapat kerja baharu dengan gaji dua kali ganda lebih tinggi.

"Dulu pasangan saya gaji kecil setakat RM2,000 hingga RM3,000 sahaja. Sama dengan saya. Gaji bersih saya RM2,600.

Siapa yang tidak sedih jika kekasih suka membandingkan gaji bulanan. -Gambar hiasan

"Lepas tolak komitmen semua ada la RM300 ke RM400 saja nak bertahan sebulan. Tu pun dah sesak. Masa tu si lelaki tak pernah pertikai.

"Dia selalu cari idea macam mana nak tingkatkan pendapatan bulanan. Kemudian, rezeki dia dapat pindah kerja dengan gaji RM5,000 hingga RM6,000. Tapi saya masih dengan gaji yang sama. Jadi dia pertikaikan kerja saya," jelasnya.

Pasangan ini dipercayai masih belum berkahwin memandangkan luahan tersebut dibuat menerusi grup Tips Persiapan Kahwin di Facebook.

ARTIKEL BERKAITAN: Tersalah pilih isteri tak sekufu, taraf akademik rendah... Paling malang kuat cemburu buta, pantang tengok suami bergaya

ARTIKEL BERKAITAN: Suami B40 lupa diri, cerai isteri lepas gaji cecah 5 angka! - “Bukan sekadar bangun tahajud, tapi keluar modal”

Menurut ceritanya lagi, selepas mendapat kerja baharu, lelaki berkenaan terus memintanya mencari kerja lain dengan gaji lebih tinggi.

"Bila dia berjaya, dia nak orang kuat dia pun berjaya juga. Dia tak nak saya ni berharap pada dia. Tak nak orang sekeliling anggap bila dia tak ada suatu hari nanti, saya ni tak ada apa-apa.

"Bila gaji dia dah tinggi, dia siap cakap yang dia nampak saya ni tak ada masa depan. Tak berguna... sebab itulah dia suruh cari kerja lain," ujarnya lagi.

Mendengar kata-kata kekasihnya itu membuatkan wanita ini berasa rendah diri memikirkan gajinya yang sudah jauh ketinggalan.

Apa hak dia nak merendah-rendahkan anak orang.

NETIZEN

"Dia minta maaf awal-awal, kata bukan nak merendahkan saya, tapi nak bagi semangat.

"Saya tak tahu cara dia ni betul ke atau kena tengok cara kita terima sesuatu perkara tu ke arah positif atau negatif? Saya rasa macam tak sekufu pula bila macam ni.

"Nanti bila kata macam tu, dia balas pula patutnya fikir cara nak bangkit sama-sama, bukan duduk statik je. Kalau bukan diri sendiri nak ubah nasib, siapa lagi nak ubah," katanya lagi.

Kemelut yang dihadapi wanita ini meraih pelbagai pendapat dan saranan netizen.

Komen netizen pada hantaran asal.

Kebanyakan daripada mereka memberikan cadangan agar wanita ini mencari lelaki lain untuk dijadikan suami.

"Cari lain, selesai. Tak payah pening-pening.

"Nafkah dia tahu tak tanggungjawab siapa? Apa hak dia nak merendah-rendahkan anak orang.

"Cakap dengan lelaki tu, jadi untuk apa awak ada dia sebagai lelaki dan suami? Kalau benda macam tu pun dia merendahkan awak dan awak tak boleh bergantung pada dia. Dia lelaki sepatutnya bantu awak," ujar beberapa netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain