SESAL dulu pendapatan, sesal kemudian tiada berguna. Begitulah apa yang dirasai seorang wanita yang mengaku menyesal kerana tersalah memilih 'jalan' suatu ketika dahulu. Malah katanya, tindakannya itu juga menyebabkan kehidupannya kini sentiasa dibelenggu rasa sedih dan kecewa. "Tahun lepas saya buat pengguguran haram sebab tak boleh simpan bayi yang dikandung... luar nikah. Wanita kesal dengan perbuatan yang dilakukan dahulu. -Gambar hiasan "Sampai hari ini, saya rindu dengan orang yang tak pernah saya jumpa. Sedih," luahnya sayu. Menganggap dirinya menerima kifarah atas dosa besar yang dilakukan, wanita ini berkata dia bagaimanapun tidak menyangka akan melihat dan merasai suasana 'gembira' bersama bayi sebelum sambutan Hari Raya Aidiladha. Menurutnya, pada waktu itu dia perlu menemani saudara yang dimasukkan ke hospital kerana terkena jangkitan kuman. "Awal tahun hari tu, saya kena jaga saudara dekat wad sebab ada jangkitan. Hospital kerajaan letak dekat wad ibu bersalin sebab fibroid di bawah sakit puan. ARTIKEL BERKAITAN: Sudah 20 hari kekasih ‘terlepas’ datang haid, pemuda umur 20 tahun gelabah cari pil elak hamil... Netizen ucap tahniah, selamat jadi bapa! ARTIKEL BERKAITAN: Firasat isteri tepat, ada perempuan gatal cuba sondol suami di ofis... Baik lain macam, akhirnya luah rasa cinta "Hari-hari dengar bunyi bayi nangis, tengok bayi baru lahir comel-comel. Kalau bayi saya lahir, sekarang ni dia dah dua bulan. "Mesti tengah nangis minta susu saya, lepas tu tidur nyenyak, tengah malam kejutkan saya minta makan lagi," luahnya kesal. Situasi yang dialaminya itu menyebabkan dia menangis insaf setiap hari bermula dari Hari Arafah pada Ahad, sehingga kini. Sedihnya baca, saya hamil anak sulung pun rasa susah walaupun ada suami. Bayangkan mereka ni tak berkahwin dan lalui kehamilan seorang diri. WARGA MAYA "Dari Hari Arafah saya solat dan menangis semoga Tuhan ampunkan dosa besar saya. Tak ada sesiapa yang tahu kecuali saya dan teman lelaki. "Simpan rahsia ni senang, simpan rasa sesak dekat dada menyesal tapi tak boleh nak luah dekat siapa-siapa memang susah," tambahnya dalam nada sayu. Malah katanya, demi menyembunyikan perbuatan tersebut dia hanya berpantang sendiri dan bercuti selama tiga hari sebelum memulakan kerja di pejabat. Luahannya itu mendapat perhatian para pengikutnya di media sosial. Warga maya memberikan kata-kata sokongan kepadanya. Ramai yang memberikan kata-kata semangat kepadanya dan mendoakan supaya dia tidak mengulangi perbuatan sedemikian. "Jauhi aktiviti berpasangan dan menormalisasikan hubungan terlarang sebelum berkahwin kerana ia pintu kemaksiatan. "Sedihnya baca, saya hamil anak sulung pun rasa susah walaupun ada suami. Bayangkan mereka ni tak berkahwin dan lalui kehamilan seorang diri. "Tabah anon, buat solat taubat banyak-banyak dan minta ampun serta jangan ulang lagi. Kalau rasa perlu seseorang, pergi cari terapi atau buat sesuatu yang awak rasa boleh tenangkan diri macam derma pada anak yatim," ujar beberapa warga maya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube