suria

Pelanggan maki bertubi-tubi, mengamuk biskut lambat sampai... Seller balas lembut, miliki kesabaran tahap tertinggi

Proses penghantaran yang lambat boleh menyebabkan pelanggan panas hati. -Gambar hiasan

UNTUNG, rugi merupakan lumrah yang perlu dihadapi oleh golongan peniaga.

Selain itu, mereka turut berdepan banyak cabaran lain seperti ragam pelanggan yang kadang kala boleh memeningkan kepala.

Di TikTok, seorang peniaga biskut dikenali sebagai Hane's Loves berkongsi tangkap layar perbualannya dengan pelanggan biadab yang tergamak menggunakan bahasa kesat dalam berurus niaga.

Pn Faridah and children preparing cookies for Raya in Petaling Jaya, Selangor . — MUHAMAD SHAHRIL ROSLI/The Star

Biskut bukan sahaja laris pada musim perayaan, tetapi juga mendapat permintaan sepanjang tahun. -Gambar hiasan

Berdasarkan mesej itu, pelanggan berkenaan dipercayai naik angin kerana biskut yang ditempahnya belum dihantar oleh peniaga berkenaan.

"Woi bodoh k***k s**l. Lama lagi ke kau nak post barang aku? Bodoh, slow buat kerja.

"Kau buat babi apa bodoh, post out lama macam anjing s**l. Cancel je la babi bodoh. Buat kerja macam s**l.

Kadang-kala perkataan boleh melukakan perasaan. Kami juga manusia biasa.

PENIAGA BISKUT

Meskipun dihujani makian, peniaga itu tetap menyapa pelanggan tersebut dengan gelaran 'sis' sebelum memaklumkan tarikh penghantaran barang berkenaan.

"Hi sis. Sis order pada 13 Jun ya. Yang order sudah kami post out semalam. Boleh semak tracking number yang saya telah hantar. Kami telah hantar barang awak. Sabar ya," jawab peniaga itu.

Namun, pelanggan itu tetap tidak berpuas hati dan terus memaki hamun peniaga berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Peniaga sekolahkan pelanggan kedekut! Laksa Johor RM150 dicemuh ‘mahal’, anggap modal tak seberapa

ARTIKEL BERKAITAN: “Awak je kot anggap kotor” - Peniaga nasi lemak jawab isu rendam sotong dalam tong sampah... KKM nak siasat!

"Be patient k***k kau la bodoh. Kau main p**i ke bodoh lembab sangat post barang aku," selar pelanggan itu.

Tangkap layar mesej antara pelanggan dan peniaga itu dimuat naik ke TikTok sehingga ia meraih lebih 120,000 tontonan.

"Kadang-kala perkataan boleh melukakan perasaan. Kami juga manusia biasa. Tolong jadi baik," tulis peniaga kecil itu di ruang kapsyen.

Rata-rata netizen turut memberi sokongan kepada peniaga itu dan memohon agar dia sabar melayan kerenah pelanggan.

Trader on business online need to be registered. This is to cut down the fake or scam issue. — RAJA FAISAL HISHAN/The Star

Pelanggan perlu menjaga adab walaupun membuat pembelian secara dalam talian. -Gambar hiasan

"Kadang-kadang memang peniaga lambat hantar barang. Tapi saya tak pernah lagi nak maki.

"Yang pernah kerja customer service je tahu macam-macam perangai manusia.

"Faham marah, tapi tak perlu maki orang sampai macam ni.

"Bagusnya peniaga ini balas dengan penuh berhemah.

"Wow kagum dengan cara peniaga ini menjawab," tulis netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain