SETIAP individu pasti mempunyai majlis perkahwinan impian masing-masing. Jika mengimpikan majlis yang gah dan gilang-gemilang, tentunya memerlukan belanja yang itnggi bagi merealisasikannya. Tidak dinafikan ada yang sanggup membuat pinjaman peribadi di bank, malah ada juga yang berhutang dengan ahli keluarga, saudara-mara dan rakan-rakan demi majlis idaman. Namun, apa yang tidak sedap didengar apabila ada yang menggunakan wang dipinjam untuk perkara kurang penting. Rancang kewangan bagi memastikan majlis perkahwinan mengikut bajet. -Gambar hiasan Begitulah kisah yang diluahkan oleh seorang lelaki mengenai sepupunya yang dikatakan tidak mempunyai wang mencukupi untuk mengadakan majlis perkahwinan. "Hampeh punya sepupu, pinjam duit konon tak cukup untuk kenduri perkahwinan. Kita ni kasihan bagi la pinjam. "Konon nak beli kambing seekor lagi. Katanya tak cukup satu ekor," katanya menerusi satu hantaran di Facebook. ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda cuba bertahan, gaji tinggal RM50 demi hobi orang kaya... Lupa diri ‘angkat’ BMW superbike walau gaji hanya 6k ARTIKEL BERKAITAN: Baki gaji tinggal RM700, staf ‘gomen’ cuba nasib tambah hutang! Masih ada hati mohon pinjaman peribadi Tanpa mendedahkan jumlah wang yang dipinjam oleh sepupunya dan juga kos keseluruhan untuk majlis perkahwinan itu, apa yang pasti berlaku sesuatu yang membuatkan dia terkejut. Setiap pasangan mengimpikan perkahwinan yang bahagia. -Gambar hiasan Mana tidaknya, dalam menghadapi kekangan kewangan untuk mengadakan majlis perkahwinan yang dirancang, sepupunya masih mahu berbelanja untuk perkara kurang penting. "Tut tut pergi sewa PA system (sistem bunyi) untuk karaoke. Rasa nak mencarut je masa majlis tu. "Kambing sembelih seekor, ayam 10 ekor. Ajak orang beratus, akhirnya makan nasi lauk kuah dan sambal je pergi pukul 11 pagi. Ingatkan betul-betul tak cukup duit, rupanya buat mewah untuk benda lain. NETIZEN "Siapa pernah ada pengalaman macam aku? Buat majlis tapi lebih utamakan perkara yang tak patut," katanya kesal. Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen bersimpati dengan nasib yang dialami memandangkan niat lelaki itu mahu membantu melancarkan majlis perkahwinan sepupunya. Seorang lelaki terkilan dengan sikap sepupunya yang tidak merancang kewangan dengan baik. -Gambar hiasan Malah, ada yang turut berkongsi pengalaman hampir sama meminjamkan wang kepada orang lain untuk penganjuran majlis. "Baik tak payah buat, biar jimat janji sah lagi halal. "Ada je nak kahwin minta sponsor situ sini. Ingatkan betul-betul tak cukup duit, rupanya buat mewah untuk benda lain. Dah tak mampu buat la cara tak mampu. Tak payah nak beli hantaran mahal bagai. "Macam sepupu aku juga, pinjam duit terdesak. Empat tahun juga tu berhutang. Hujung-hujung tak bayar lagi, eh dia keluar (beli) Honda Civic baharu la," demikian antara komen netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube