suria

Wanita jelik tengok pelajar guna duit zakat, elaun Mara pergi clubbing - “Sedarlah kau tu miskin”

Tempat yang penuh dengan maksiat seharusnya dihindari umat Islam. -Gambar hiasan

PELBAGAI saluran boleh dirujuk sekiranya seseorang itu menghadapi masalah kewangan sehingga susah meneruskan kehidupan.

Antaranya adalah lembaga zakat negeri yang bertanggungjawab mengagihkan bantuan kepada golongan yang layak.

Namun gempar di laman X apabila seorang wanita mendedahkan ada penerima zakat dalam kelompok pelajar menyalahgunakan bantuan yang diterima untuk berfoya-foya di tempat maksiat.

Setiap insan pasti tidak terlepas daripada melakukan kesilapan. -Gambar hiasan

Menurut pemerhatian wanita itu, mereka didakwa mengalami sindrom rusa masuk kampung apabila memasuki alam kehidupan kota yang melalaikan setelah sekian lama terperangkap dalam kepompong kemiskinan.

"Memang spesies manusia yang tak boleh diterima dek akal, golongan pelajar ditaja dengan bantuan zakat tapi muncul di kelab malam untuk berparti liar.

"Sedarlah kau tu miskin, apabila diberikan peluang untuk belajar, manfaatkanlah dengan bersungguh-sungguh.

ARTIKEL BERKAITAN: “Masa tu baby dah dalam perut” - Kerja seronok tapi tak tenang! ‘Awek bar’ syukur hati dijentik untuk berubah tepat masanya

ARTIKEL BERKAITAN Wanita insaf selepas mimpi dahsyat, reda dipecat kerana berhijab - “Nampak saya dan suami dalam neraka”

"Kalau dalam kes pelajar perempuan yang aku tengah sebutkan ni, dia bukan setakat dapat zakat malah diberikan elaun oleh Majlis Amanah Rakyat (Mara). Semua sekali dia kaut, macam mana tu?

"Aku pun sedar aku pernah pergi kelab malam, tapi sekurang-kurangnya aku tak salah gunakan sebarang bantuan yang diterima. Aku bekerja dan apa yang aku buat semua atas duit aku sendiri," jelasnya.

Menjengah ke ruangan ciapan balas, warga maya berasa kecewa dengan realiti sedemikian dan berharap mereka yang terbabit segera kembali ke pangkal jalan.

Mohon tarik semula zakat dan berikan kepada mereka yang tahu untuk menggunakannya dengan berhemah.

WARGA MAYA

"Sedih sangat kalau duit zakat yang datang daripada baitulmal bertujuan membantu umat Islam sendiri digunakan untuk membeli arak atau perkara haram yang lain.

"Berhibur di kelab malam sudah semestinya haram di sisi Islam, tapi pergi ke tempat sebegitu menggunakan duit zakat, itu next level punya haram.

Warga maya bertukar pandangan.

"Kebanyakan pengunjung setia kelab malam di Kuala Lumpur adalah budak-budak kampung yang baru merasa duit di tangan, Dah seperti orang tanpa agama jadinya, mungkin akibat kejutan budaya, aku yang membesar di ibu negara pun tak teringin ke situ.

"Lebih ramai memerlukan duit zakat tu, mohon tarik semula zakat dan berikan kepada mereka yang tahu untuk menggunakannya dengan berhemah," kata sebahagian pelayar.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain