suria

Adik sakit di wad mahu isteri cuci najis, bukan mak! Kakak sedar sesuatu... Ibu perlu belajar ‘lepas’ anak lelaki dah berkahwin

Seorang isteri akan berada di sisi suami ketika waktu susah dan senang. -Gambar hiasan

CINTA hati pertama bagi seorang lelaki adalah ibunya.

Namun apabila melangkah ke alam dewasa, seorang anak lelaki akan mendirikan rumah tangga dan ibu berkemungkinan perlu berkongsi kasih sayang dengan menantunya.

Melalui satu hantaran di laman X, seorang wanita menceritakan pengalaman melibatkan ahli keluarganya yang mengubah perspektif tentang hubungan antara seorang anak dan ibu.

Seorang ibu mentua ada kalanya bersaing dengan menantu untuk mendapatkan perhatian anak. -Gambar hiasan

Berdasarkan permerhatian dan pengalamannya, dia berkata lambat laun ketika meniti kehidupan bersama, seorang isteri akan lebih mengenali luar dan dalam suami berbanding ibu yang melahirkannya ke dunia ini.

"Adik lelaki saya pernah masuk hospital, sakit sampai perlukan orang untuk bantu dia dalam penjagaan diri. Ketika itu dia panggil isteri minta tolong basuhkan najis, bukan mak. Jadi di sini saya sedar satu perkara.

"Isteri akan lebih memahami suami sebagai seorang yang dewasa, manakala ibu yang melahirkan hanya mengenali mereka pada waktu kanak-kanak dan remaja. Pastinya hakikat yang pahit untuk ditelan.

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri tuduh famili mentua punca perkahwinan tak bahagia! Ipar minta duit, ibu paksa suami buat loan kereta... Anak bini sendiri disuruh jimat

ARTIKEL BERKAITAN: Suami baran tengking isteri depan rezeki, nasi baru masak dikata basi... Anak sedih ibu berpanas naik motor beli makanan ganti

"Banyak sisi anak yang ibu tidak tahu sebenarnya, termasuklah keperluan seksual mereka. Oleh itu, berikan laluan kepada anak-anak untuk mencorak kehidupan dengan isteri, jangan selalu masuk campur.

"Lagi satu, para ibu janganlah suka cemburu dengan menantu perempuan, lihat mereka sebagai anak kita. Hormati dan jagalah martabat menantu sebagaimana kita menjaga anak-anak kita," kata wanita itu.

Selain itu waniita itu juga meminta kaum ibu untuk bersifat matang apabila berlakunya krisis dalam rumah tangga anak.

Saya bekerja di hospital, kalau apa-apa jadi, suami akan lebih selesa untuk isteri jaga berbanding orang lain walaupun ibu sendiri.

WARGA MAYA

"Berpada-pada ketika memberikan pesanan dan elakkan membuat keputusan bagi pihak anak. Janganlah beranggapan macam kita tahu serba-serbi pasal anak kesayangan," ujarnya menutup bicara.

Menjengah ke ruangan ciapan balas, warga maya turut memberikan pandangan mereka dalam perbicangan tersebut.

"Betul, mak mentua saya selalu perli, 'saya lagi kenal suami kamu tu'. Silap besar makcik, banyak cacat cela anak makcik yang saya tahu tapi saya buat diam je, saya cuba terima dengan hati terbuka.

Sebahagian ciapan balas warga maya.

"Saya sebagai seorang ibu, saya cuba hadam benda ni dengan sebaiknya, sebab susah nak lepaskan anak. Jadi dalam hal ehwal mereka, tugas saya hanya beri pendapat, bukan menentukan.

"Terpulang kepada mereka untuk ikut atau tidak. Saya pun dah cakap awal-awal, kalau mereka memilih untuk guna pendekatan lain, saya tak akan ambil hati.

"Benar sekali, saya bekerja di hospital, kalau apa-apa jadi, suami akan lebih selesa untuk isteri jaga berbanding orang lain walaupun ibu sendiri," kata sebahagian warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain