ORANG kata manusia berhak diberi peluang kedua bagi memperbaiki kesilapan lalu dan membina hidup baharu. Namun bagi seorang lelaki, dia sama sekali tidak menyangka peluang yang diberikan berulang kali kepada isterinya yang berkelakuan curang hanya sia-sia. Begitulah hakikat yang pahit untuk ditelan buat lelaki ini yang melayari bahtera rumah tangga selama 10 tahun. Kisah kecurangan sering dipaparkan di media sosial. -Gambar hiasan Mungkin disebabkan usia perkahwinan sedekad atau kerana masih ada sayang, dia cuba terus mempertahankannya meskipun si isteri bersikap tidak jujur. ARTIKEL BERKAITAN: Pukul 2.30 pagi pintu bilik hotel diketuk, suami terkejut isteri muncul tiba-tiba! Gigih datang dari Johor ke Langkawi nak ‘spot check’ ARTIKEL BERKAITAN: Suami gaji RM1,500 3 kali curang, isteri bergaji hampir RM5,000 rasa sia-sia tanggung keluarga... Mahu tukar lafaz taklik "Dah banyak kali isteri saya kantoi curang dan saya dah banyak kali beri peluang untuk dia berubah. Dia berjanji banyak kali tak akan ulangi kesalahan dia. "Tapi selalu kantoi, dah lebih 10 laki. Dia mengaku janda dan macam-macam lagi," luahnya menerusi satu hantaran di Facebook. Seorang lelaki bertahan untuk menyelamatkan rumah tangganya. Tidak mengabaikan tanggungjawab, sebaliknya lelaki itu menegaskan nafkah kepada isteri sentiasa diberikan tidak termasuk perbelanjaan lain. "Barang-barang dapur, bil-bil semua saya laksanakan, tapi kebodohan saya masih sayang dan beri peluang walaupun dah lebih 10 kali terjadi. Berkali-kali, sabar kau hebat bang. NETIZEN "Saya perlukan kata-kata semangat," katanya sebak. Luahan suami berkenaan mengejutkan netizen kerana kesabaran lelaki itu yang masih memberi peluang berkali-kali kepada isterinya yang berlaku curang. Konflik rumah tangga sering berlaku dalam kalangan suami isteri. -Gambar hiasan Pada masa sama, ada yang melabel dia sebagai lelaki dayus, sekadar merintih tanpa bertindak seperti ketua keluarga yang sebenar. "Berkali-kali, sabar kau hebat bang. Cari yang lain bang, dah boleh pulangkan dia pada orang tuanya. Peluang yang diberi nampaknya disia-siakan. "Dayus... tu je nak kata. Tak apa, tunggu je bini ulang sampai 20 kali. Kata-kata semangat daripada saya, teruskan jadi bodoh. "Dia mengaku janda kan? Jandakan dia kalau dia susah nak berubah. Mulakan hidup baharu. "Dayus dah tu. Pergilah ke pejabat agama buat aduan dan dapatkan pendapat sewajarnya. Buat apa nak tanggung dosa seorang isteri yang tak pandai bersyukur. Fikir baik-baik ye, kasihan pada diri sendiri dan anak-anak," komen netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube