suria

Isteri tak pandai masak malu pada suami, masakan selalu gagal... Rupanya ibu jadi punca wanita ini takut masuk dapur!

Memasak boleh menjadi mimpi ngeri bagi sesetengah wanita. -Gambar hiasan

TEGURAN 'pedas' dan sinis ketika zaman remaja begitu meninggalkan kesan emosi kepada wanita ini hingga membuatkan dia tidak suka memasak.

Menurut pemilik akaun Faai di TikTok, hal itu terjadi dek kerana dia sering dikritik dan diperlekeh ibunya sendiri sewaktu ingin mendalami ilmu di dapur.

"Ibu saya punya mentaliti... nanti kau pandai masak sendiri tanpa aku ajar.

Tangkap layar foto dikongsikan Faai di TikTok.

"Jadi apabila saya minta mak ajar apa-apa, mak akan cakap... ala potong macam ni pun tak pandai ke?

"Lambat la kau ni buat kerja kak. Kalau masak... jangan tak sedap, membazir duit," kata Faai mengimbas kata-kata ibunya yang masih segar dalam fikirannya.

Ujar Faai, dia faham maksud ibunya dalam memastikan makanan yang disediakan boleh dimakan dan tidak membazir berikutan masalah kewangan yang dihadapi mereka.

Namun tanpa disedari tindakan ibunya itu memberi kesan kepada emosi sehingga hilang rasa minat untuk memasak walaupun selepas mendirikan rumah tangga.

ARTIKEL BERKAITAN: Dapur jarang berasap, asyik makan di rumah mama... Wanita senang hati dapat mentua penyayang, sanggup cari epal hijau pukul 2 pagi

ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki kekal tenang dapat tahu nikah wanita tak pandai masak! Berkat tak cepat melatah, kini isteri jadi tauke katering

Malah, timbul rasa takut dalam dirinya sekiranya masakan yang bakal disajikan kepada keluarga akan mengecewakan mereka semata-mata.

"Walau saya faham, mak nak cepat sebab nak buat kerja lain. Walau saya faham mak saya susah seorang diri membesarkan enam orang anak, duit tak boleh membazir.

"Tapi kata-kata tu menjadikan siapa saya sekarang. Saya tak suka masak. Saya menangis apabila saya masak tak sedap untuk keluarga kecil saya. Rasa berdosa bazirkan duit suami.

Orang tak faham apabila kita cakap mak adalah punca kita tak suka dan tak nak masak.

NETIZEN

"Rasa jadi isteri yang tak berguna. Saya rasa benci dekat diri sendiri sebab tak pandai masak dan tak suka memasak," ujarnya.

Hantaran tersebut meraih pelbagai reaksi netizen di media sosial.

Rata-ratanya dapat memahami nasib yang dilalui pengadu malah turut menasihatkannya supaya cekalkan diri untuk terus belajar memasak.

Komen netizen pada video.

"Mak saya selalu mengeluh kata asyik dia je masak, jadi saya pun masak la. Tapi apabila saya masak mak tak makan pula. Katanya dia ikut air tangan orang juga. Air tangan saya dia tak minat.

"Tak apa sis, saya pun mula tahu masak selepas kahwin. Kalau tak tahu resepi boleh cari je dekat TikTok atau Youtube. Kalau tak sedap kita boleh perbaiki. Lama-lama mesti sedap. Awak mesti boleh, percayakan saya.

"Orang tak faham apabila kita cakap mak adalah punca kita tak suka dan tak nak masak. Dalam diri ni sebenarnya nak masak.

"Tapi apabila ke dapur automatik jadi tak suka masak walaupun mulanya kita yang teruja nak cuba memasak," komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain