UNTUNG dan rugi sudah menjadi adat resam yang terpaksa dihadapi sesiapa sahaja apabila terjun dalam dunia perniagaan. Selain faktor sambutan pelanggan, kes penipuan juga menjadi antara penyebabkan seseorang peniaga itu mencatatkan kerugian. Seperti seorang tukang gunting rambut ini, dia mendakwa mengalami kerugian apabila salah seorang pelanggannya membayar perkhidmatan yang disediakan menggunakan wang kertas RM50 palsu. Insiden yang berlaku pada Khamis malam itu dikongsikan Pakar Rujuk Bidang Fiqh Fatwa Makanan dan Kepenggunaan Semasa, Pusat Kajian Syariah, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof. Madya Datuk Dr Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim dalam satu hantaran di Facebook. Izhar berkongsi tentang nasib seorang tukang gunting rambut diberikan duit palsu. "Selepas kuliah di surau pada Khamis malam, saya ke kedai gunting rambut Acheh. "Masa potong rambut, saya tengok dia gantung RM50 dekat dinding. Sedih pula saya dengar cerita dia. "Dia kata, duit tu dia dapat (masa bekerja) malam raya. Ada orang potong rambut dan bayar dengan duit palsu," kata Mohd Izhar memulakan ceritanya. ARTIKEL BERKAITAN: Bergetar iman tengok ’stylist’ wanita berbaju kurung potong rambut lelaki... Makin manis semua bertudung ARTIKEL BERKAITAN: “Adakah kami baru kena scam di Malaysia?” - Pelancong UK terkejut harga trim rambut RM120, barber warga asing beri alasan ‘cukai’ Menurut pendakwah terkenal itu lagi, tukang rambut berkenaan bagaimanapun tidak melatah walaupun mengalami kerugian. Sebaliknya dia hanya menggantung wang palsu itu di dinding kedai sebagai peringatan kepada diri sendiri supaya lebih peka dan berhati-hati. "Dia (tukang gunting rambut) yakin mungkin orang tu pun tak tahu. Hati dia sangat baik. "Dia gantung dan tak nak guna sebab tak nak tipu orang lain pula. Dia kata biar dia rugi jangan orang lain rugi pula. Sudah tiga kedai dia semak guna alat pengesan... Semua cakap palsu. MOHD IZHAR ARIFF PENDAKWAH "Hati-hati semua, banyak duit palsu sekarang, masya-Allah," kata Mohd Izhar menitipkan pesanan. Hantaran yang dimuat naik di halaman Facebook dan Instagram peribadinya ini meraih pelbagai reaksi netizen. Ada segelintir netizen menyatakan duit not RM50 berkenaan bukanlah duit palsu sebagaimana didakwa tukang gunting berkenaan. "Tu bukan duit palsu. Saya pernah dapat duit macam tu dekat ATM (mesin juruwang automatik). Komen netizen berkenaan duit palsu tersebut. "Tu duit origonal. Cuma duit tu sudah masuk mesin basuh. Bahagian silver tu sudah hilang. Duit ni tak boleh masuk mesin CDM (cash deposit machine). Tapi mungkin boleh masuk dekat kaunter bank. "Tu bukan duit palsu. Boleh kategori duit rosak je sebab hilang jalur timah sahaja. Paling senang tanpa banyak soal, tukar di Bank Negara Malaysia (BNM). Isi borang dan lekatkan duit di borang tu. Kakitangan BNM akan ganti duit yang baharu," kata netizen. Bagaimanapun menerusi ruangan komen balas, Mohd Izhan menyatakan peniaga berkenaan sudah melakukan semakan bagi menguji ketulenan duit berkenaan. "Sudah tiga kedai dia semak guna alat pengesan duit palsu. Semua cakap palsu. Itu yang dia gantung dekat dinding," jelas Mohd Izhar. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube