PENCIPTA kandungan, Fatin Nabila Ahmad Zainuddin terpaksa memadam video di aplikasi TiKTok selepas usaha dakwah yang dibuatnya menjadi bahan jenaka segelintir pihak. "Dekat dengan Fatin, jom... jom kita sembang," ujar Fatin pada permulaan video berkenaan. Dialog itu bagaimanapun menjadi bahan jenaka apabila segelintir TikToker membuat parodi dengan menghasilkan video merapatkan wajah mereka dengan skrin yang memaparkan muka Fatin. Fatin menyampaikan dakwah secara dalam talian sejak 2019. Bercakap kepada mStar, Fatin mengakui tidak marah dengan apa yang berlaku, namun memilih untuk memadam video berkenaan bagi mengelak sebarang fitnah terhadapnya. "Saya mendapat nasihat daripada suami dan team agar menurunkan video itu. Sebab ada sesetengah video (parodi yang dibuat) agak ekstrem dan melanggar batas. "Jadi untuk mengelakkan sebarang fitnah, saya dinasihatkan untuk memadam video berkenaan daripada TikTok. Saya dapat tahu video itu tular pada Rabu atau Khamis. Saya kata dekat, bukannya suruh dekatkan muka pada skrin. FATIN NABILA AHMAD ZAINUDDIN "Tapi saya tak rasa marah. Sebagai orang yang buat content, kita kena jangka kemungkinan seperti ini. Namun, ia berlaku di luar kawalan saya," ujarnya ketika dihubungi mStar. Tambah Fatin, video yang tular itu pada asalnya sekadar mahu menyampaikan mesej positif kepada masyarakat dan dia langsung tidak berniat untuk meraih perhatian netizen. "Niat asalnya baik, tapi ini akibat yang tak terjangka. Dalam video itu, saya sebenarnya nak sampaikan mesej supaya jangan bandingkan diri dengan orang lain. ARTIKEL BERKAITAN: Pelajar kongsi cara senang bangun tengah malam solat Tahajud, reaksi warga TikTok amat mengejutkan ARTIKEL BERKAITAN: Pelajar jurusan dakwah terkejut video TikTok isu LGBT boleh hit, ramai rasa nak berubah... reaksi berjurai air mata paling tak sangka! "Dan ayat supaya 'dekat dengan Fatin' hanya diucapkan dalam video itu sahaja. Video-video lain sebelum ini tiada ayat sebegitu. Saya tak sangka ia tular. "Saya kata dekat, bukannya suruh dekatkan muka pada skrin. Saya langsung tidak berniat untuk raih perhatian. Saya sekadar mahu connect dengan penonton dan memberi nasihat sahaja," jelasnya lagi. Dalam temubual sama, Fatin yang baru mendirikan rumah tangga pada tahun lalu turut memberi nasihat kepada warga maya agar menjaga adab sopan ketika menggunakan media sosial. Tindakan segelintir TikToker yang membuat gurauan kurang bijak menyebabkan video Fatin tersasar daripada tujuan asalnya. "Sebagai orang Islam, kita kena tahu apa yang salah dan apa yang betul. Ada benda yang tak betul tapi ia memberi keseronokan. Mungkin seronok dengan engagement yang diperoleh dan sebagainya. "Sebaiknya kita perhalusi cara kita, fikir untuk jangka masa panjang juga," ujar Fatin yang memiliki 1.2 juta pengikut di TikTok. Untuk rekod, kisah Fatin yang menggunakan aplikasi TikTok untuk menyampaikan dakwah pernah mendapat liputan mStar pada Januari 2021. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube