suria

Sudahlah tak mahu sedekah, siap menyindir dalam hati... Jemaah wanita diuji di Makkah, mata terbuka tapi tak nampak jalan!

Jemaah perlu menjaga tingkah laku dan tutur kata sepanjang berada di Tanah Suci. -Gambar hiasan

SETIAP umat Islam pastinya memasang impian untuk menjejakkan kaki ke Tanah Suci Makkah dan Madinah.

Ketika mengerjakan haji atau umrah, para jemaah juga tidak terlepas berdepan ujian bagi menguji tahap keimanan mereka.

Seorang wanita Malaysia turut diuji apabila dia sesat di kota Makkah selepas mengabaikan permintaan seorang peminta sedekah.

Kehadiran ramai jemaah boleh menyebabkan seseorang sesat untuk mencari jalan. -Gambar hiasan

Kisah mengenai jemaah wanita itu meraih perhatian ramai selepas ia dikongsi anak saudaranya yang dikenali sebagai Hazwan menerusi TiKTok.

"Mak saudara saya pergi Makkah hari tu. Ada orang datang minta sedekah. Dia tak bagi.

"Dalam hati dia cakap, apalah kat Makkah pun minta sedekah. Lepas tu dia terus berjalan sampai asyik jumpa peminta sedekah tu.

Pengajarannya, kat Makkah kalau boleh janganlah fikir macam-macam yang tak elok.

HAZWAN

"Makcik aku jalan-jalan tapi tak jumpa jalan keluar. Asyik terjumpa peminta sedekah yang sama," ujar pemuda itu memulakan cerita.

Imbas Hazwan, ibu saudaranya itu mula terdetik sekiranya kejadian aneh yang berlaku ada kaitan dengan peminta sedekah yang ditemuinya.

Wanita itu kemudiannya terus memohon doa kepada Allah sehingga matanya mula terbuka dan berhasil menemui jalan keluar daripada kawasan berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Jemaah haji merungut, marah suami dalam hati depan Kaabah... Allah nak tegur, sekelip mata pasangan hilang ketika tawaf!

ARTIKEL BERKAITAN: Jumpa jemaah haji termenung tepi jalan, sesat 2 hari tak makan... Mutawif Malaysia ‘korban’ selipar, berkaki ayam bantu hantar balik hotel

"Lepas tu terdetik di hati makcik aku, dia terus istighfar banyak-banyak. Jumpa orang tu, terus dia sedekah dan minta maaf banyak-banyak.

"Selepas tu terus jumpa jalan keluar. Pengajarannya, kat Makkah kalau boleh janganlah fikir macam-macam yang tak elok," ujar pemuda itu lagi.

Ramai netizen turut berkongsi pengalaman mereka yang berdepan ujian hampir sama ketika berada di Makkah.

553

Ujian di tanah suci merupakan satu cabaran buat jemaah. -Gambar hiasan

"Betul. Bekas suami saya dulu kes selipar je. Saya suruh dia letak elok-elok, dia kata tak ada hal, takkan nak hilang. Sekali betul-betul balik berkaki ayam.

"Betul tu, kat Makkah kita tak boleh menipu. Tak boleh cakap besar. Sermua kena jujur.

"Macam yang mak mentua saya cerita masa dia tunai haji. Dia masuk dalam khemah, dia cakap tak ada nyamuk ke? Lepas tu tiba-tiba banyak nyamuk datang.

"Dekat Makkah atau Madinah jangan sesekali cakp yang tak baik. Sebab apa-apa boleh berlaku walaupun terdetik dalam hati je," tulis netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain