suria

Jemaah VIP duduk khemah mewah di Mina jadi bualan... Lelaki anggap tak rasa nilai ibadah sebenar - “Sah je haji dia, tapi tak best la”

Lokasi terletaknya khemah mewah yang menempatkan jemaah haji VIP.

IBADAH haji mengumpul jutaan umat Islam dari serata benua di Tanah Suci Makkah.

Ketika masing-masing mengenakan kain ihram sehingga menjadi lautan putih, status sosial seperti pangkat dan kekayaan tidak lagi dipandang.

Melalui satu hantaran di laman TikTok, seorang lelaki mengulas tentang keselesaan yang dinikmati sebahagian golongan berkemampuan ketika menunaikan haji.

Kecekalan mental dan fizikal jemaah haji pastinya teruji. -Gambar hiasan

Menurut lelaki itu yang menjadi tetamu Allah pada tahun 2024, dengan perbelanjaan sebanyak RM250,000 sekepala, seseorang itu boleh menjalani haji dengan kondusif tatkala jemaah lain harus berpanas dan bersesak.

"Siapa yang ada duit, nak mudah kerja (haji) dia, duduk dekat khemah VIP, senang nak pergi melontar dekat Mina. Inilah khemah VIP. Nak tahu harganya berapa? Seorang satu kepala dalam 200,000 Riyal, MasyaAllah atau lebih kurang RM250,000 duit Malaysia.

"Dapatlah duduk khemah VIP, dekat je nak pergi melontar belakang ni. Tak perlu nak bersusah-payah macam kami ni, jalan sampai berkilometer, ada yang sampai berbelas-belas kilometer nak pergi melontar.

ARTIKEL BERKAITAN: Jumpa jemaah haji termenung tepi jalan, sesat 2 hari tak makan... Mutawif Malaysia ‘korban’ selipar, berkaki ayam bantu hantar balik hotel

ARTIKEL BERKAITAN: Jemaah haji merungut, marah suami dalam hati depan Kaabah... Allah nak tegur, sekelip mata pasangan hilang ketika tawaf!

"Tapi itulah, kita buat haji kan... haji ni orang kata remeh, kusut-masai, penat. Jadi kalau duduk dekat tempat selesa, bukanlah nak kata bukan haji. Sah je haji dia, tapi tak best la, dia tak dapat nak value haji sebenar-benarnya tu," kata lelaki memberi pandangannya.

Walau bagaimanapun, menjengah ke ruangan komen, warga maya kurang bersetuju dengan perspektif lelaki tersebut dan berpandangan golongan elit turut mempunyai jerih perih tersendiri dalam mendapatkan haji mabrur.

"Saya pernah dengar daripada jemaah haji yang ambil pakej eksklusif, antara sebabnya mereka tak mahu kacau hak orang yang betul-betul memerlukan, iaitu mereka yang menunggu giliran panggilan haji secara muassasah.

Tak seronok rasanya apabila diri ini dianggap berhak untuk menilai haji orang lain, mulia sangatkah kita?

WARGA MAYA

"Mereka mampu, jadi apa salahnya? Tempat mereka dalam senarai muassasah boleh digantikan dengan pihak lebih bersesuaian. Selain tu, golongan VIP waktu di Makkah juga kerap tambahkan apa yang kurang untuk jemaah lain.

"Contohnya makanan tak cukup, golongan VIP ni yang tolong bayarkan. Mereka pun berusaha keras untuk dapatkan apa yang mereka miliki hari ni, tak wajar untuk pandang serong mereka kononnya berat sebelah," kata pelayar.

Dalam pada itu, tidak kurang juga warga maya yang mengingatkan lelaki tersebut untuk menjaga percakapannya ketika di tanah suci.

Warga maya bertukar pandangan.

"Ini satu ujian juga buat kamu, jaga hati dan jaga lisan. Biarlah Allah yang menilai haji dan mengangkat doa-doa mereka. Jangan mudah mendengki sebab kita ingat mereka hidup senang.

"Tak seronok rasanya apabila diri ini dianggap berhak untuk menilai haji orang lain, mulia sangatkah kita? Sentiasa berlapang dada dengan rezeki masing-masing," ujar netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain