suria

Terkejut gaji tunang kerja GLC ‘ciput’, wanita mahu putus sebelum menyesal - “Nak makan apa duit banyak tu?”

Pasangan suami isteri harus menerima kekurangan satu sama lain. -Gambar hiasan

BEBERAPA kriteria penting pasti ditetapkan oleh golongan wanita ketika mencari pasangan hidup supaya dapat menjamin kehidupan bersama suami dalam keadaan stabil.

Antara aspek yang sering dipandang adalah gaji dan status kewangan kerana setiap perkara dalam dunia hari ini memerlukan duit.

Walaupun begitu, jangkaan yang diletakkan haruslah berpada-pada supaya tidak membebankan bakal suami di kemudian hari.

Setiap perjalanan kerjaya harus bermula dari bawah. -Gambar hiasan

Kecoh di laman X apabila seorang wanita menzahirkan kekecewaan terhadap gaji tunangnya yang dianggap terlalu rendah untuk menjalani kehidupan di alam perkahwinan.

Menurut wanita itu, dia terkejut apabila mendapati gaji pokok pasangannya tidak mencecah RM2,000 meskipun bekerja dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

"Terkejutnya aku bila dapat tahu gaji asas tunang aku rupanya cuma RM1,865. Kalau campur elaun semua baru dapat RM3,000. Sikit sangat, rasa macam nak minta putus je ni sementara masih belum terlambat.

ARTIKEL BERKAITAN: Gadis sampai terlompat-lompat dapat tahu BF gaji RM12k kerja di Singapura! Tapi ramai kaki ‘cucuk’, syak hantaran naik harga

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Seram’ anak muda sanggup buat personal loan demi ‘dunia tipu-tipu’! Tunjuk kaya beli barang mewah, pergi melancong

"RM3,000 dalam ekonomi sekarang ni nak makan apa? Ingatkan kerja GLC gaji besar sangat, rupanya indah khabar daripada rupa," ujar wanita itu meluahkan isi hatinya.

Menjengah ke ruangan ciapan balas, warga maya berpendapat harapan wanita itu terhadap pasangannya sebagai keterlaluan, sekali gus menyelar cara dia berfikir.

Lebih afdal kalau awak doakan tunang supaya dimurahkan rezeki dan cepat naik pangkat serta gajinya.

WARGA MAYA

"Oh lelaki gaji RM3,000 dikatakan sikit tapi kalau perempuan gaji sama disebut sebagai hidup berdikari. Masing-masing baru nak mulakan kehidupan, apa yang awak nak harapkan tinggi-tinggi sangat. Pergi je la kahwin dengan anak orang kenamaan.

"Kahwin dengan perempuan pemikiran macam ni pasti rumah tangga tak bertahan lama. Hidup berpaksikan duit, dia ingat gaji tu yang akan mengenyangkan dia padahal Allah adalah sebaik-baik pemberi rezeki.

Warga maya bertukar pandangan.

"Fokus dekat diri awak dulu ya sis, jangan ralit sangat dok perlekeh gaji tunang tu. Entah-entah gaji awak pun setara tu je, Ingat ya semua, kalau nak rumah tangga berpanjangan, sentiasa berkata yang baik pada mulut dan hati.

"Lebih afdal kalau awak doakan tunang supaya dimurahkan rezeki dan cepat naik pangkat serta gajinya. Barulah betul hidup susah senang bersama, bukan hanya ada ketika semuanya sedang elok," kata sebahagian warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain