RUMAH adalah ruang privasi setiap individu khususnya bagi pasangan yang sudah berumah tangga. Dalam Islam, penganutnya dituntut untuk menjaga adab ketika menziarahi rumah orang lain, salah satunya memaklumkan kehadiran kepada pihak tuan rumah terlebih dahulu dan bukannya hadir secara mengejut. Bukan sahaja untuk tujuan privasi, malah adalah penting untuk pihak tuan rumah membuat persediaan yang perlu sebelum menerima tetamu. Mungkin agak jarang kedengaran, namun dalam satu kisah yang dikongsikan seorang wanita, dia mendedahkan nekad menuntut cerai kerana suaminya kerap kali membawa rakan-rakan ke rumah secara mengejut. Rumah adalah ruang privasi setiap pasangan suami isteri. "Suami suka bawa kawan-kawan lelaki datang ke rumah. Tidak ajar atau inform kawan-kawannya bahawa ada seorang perempuan yang sedang menjaga aurat di rumah. "Kawan-kawan suami juga tiada adab. Masuk rumah atau masuk gate tanpa dibenarkan sehingga nampak saya dalam keadaan tidak menutup aurat. "(Suami) panggil kawan-kawan lelaki dia untuk buat kerja-kerja tukang di rumah. Mereka bebas naik turun rumah sehingga nampak saya tidak tutup aurat dalam rumah di tingkat atas," luahnya. ARTIKEL BERKAITAN: Suami tak peduli emosi isteri hamil, rumah jadi ‘port’ lepak dengan kawan... Kena bebel terus nak jatuh talak! ARTIKEL BERKAITAN: Beri alasan ‘rumah kecil’, suami tak izin isteri ajak ahli keluarga datang berbuka! Akan ubah fikiran kalau kongsi bayar sewa Menurut wanita yang tidak mendedahkan identiti diri itu, situasi berkenaan secara tidak langsung menjadi punca dia kembali diserang penyakit Major Depressive Disorder (MDD) yang pernah dideritai sebelum ini. "Sekarang saya cuba heal, kerana suami... penyakit juga datang semula. Suami kata saya over-reacted. "Saya rasa dicabul oleh kawan-kawan dia, saya depressed. Tiada yang mempertahankan hak dan maruah saya," luahnya lagi. Gila manusia sekarang ni. Macam mana boleh ada rasa nak bagi lelaki lain tengok aurat bini. NETIZEN Wanita tersebut turut mendedahkan antara sebab lain dia nekad menuntut cerai adalah kerana suaminya ketagih menonton video porno, malah pernah beberapa kali menyuruhnya melayan lelaki lain. "Saya mahu bercerai, tuntut harta sepencarian, hadanah, dan saman suami saya. Saya nak saman suami saya atas emotional damage," ujarnya lagi. Sebahagian daripada komen netizen terhadap perkongsian kisah berkenaan. Perkongsian wanita berkenaan mengundang perhatian warga maya dengan rata-ratanya menyokong hasratnya untuk memfailkan penceraian kerana suami sendiri gagal bertindak menjadi pelindung. "Awak terus ke mahkamah. Memang cukup syarat untuk failkan penceraian. "Gilalah... yang disorder sekarang ni laki kau sis, kau normal saja sis. Cepat buat tindakan. "Gila manusia sekarang ni. Macam mana boleh ada rasa nak bagi lelaki lain tengok aurat bini. Nauzubillahminzalik," demikian antara komen netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube