suria

Bapa pendam sedih, anak baling TV 55 inci dengan pengangkut baju! Makin sakit hati lori besi buruk tawar harga RM10

Anak-anak perlu dididik supaya faham tentang kepentingan menjaga barang berharga. -Gambar hiasan

CAHAYA mata merupakan anugerah Tuhan yang tidak ternilai.

Walaupun disayangi bagai menatang minyak yang penuh, telatah si anak ada kalanya menguji kesabaran ibu bapa dan penjaga.

Melalui satu perkongsian di laman X, seorang lelaki menceritakan bagaimana hatinya remuk apabila televisyen kesayangan yang berteknologi tinggi rosak akibat perbuatan anak kecilnya.

Skrin merupakan komponen penting dalam sesebuah televisyen. -Gambar hiasan

Tambah lelaki itu, dia sukar menerima hakikat bahawa televisyen terbabit tidak dapat lagi digunakan namun dalam masa sama berasa berat hati untuk melepaskannya.

"Betul orang cakap, anak ni kadang-kadang boleh buat kita sakit jantung. Kisahnya begini, angkara anak aku punya hal, televisyen jenama Sony yang berkelebaran 55 inci 'melayang'. Macam tu je terus hancur televisyen tu lepas anak pergi baling penyangkut baju.

"Merata tempat aku pergi untuk cuba baiki tapi tak jalan juga. Selepas dah tak berfungsi, aku masih simpan televisyen tu sebab susah nak move on dengan realiti yang televisyen tu dah tiada.

ARTIKEL BERKAITAN: Janda ‘taste’ laki muda, lepas nikah baru tahu suami suka pukul budak! Mahu hantar 2 anak rumah mak, selesai masalah

ARTIKEL BERKAITAN: "Kalau anak bergasak dengan pembuli aku bagi 'green light' je" - Pesanan daddy 'ganas tapi sweet'

"Lama-kelamaan apabila aku dah beli televisyen baharu yang lagi besar, saiz 65 inci, barulah aku lembut hati nak jual. Sebab aku mula rasa semak televisyen lama tu duduk dalam rumah, buat penuh ruang je," ujar lelaki itu mengimbau kisahnya.

Namun keputusan lelaki itu ternyata terus merobek jiwanya yang sudah sedia terluka.

"Aku dah pasang niat nak jual, kebetulan pula lori besi buruk lalu depan rumah, aku pun panggil. Aku tunjukkan televisyen Sony yang pernah jadi kesayangan aku tu, aku tanya berapa harga boleh dapat.

Saya selalu cakap dekat anak yang televisyen tu kawasan larangan, kalau mereka datang dekat saya terus gertak.

WARGA MAYA

"Kelakar apabila aku fikir balik, kau tahu dia tawar harga berapa? RM10 je! Sakit hati mengenangkan televisyen kesayangan aku nilainya tinggal dua angka je. Inilah televisyen yang aku gunakan untuk tengok bola, sukan kegemaran aku.

"Inilah juga televisyen yang mencantikkan ruang tamu aku, selamat tinggal.

"Kalau nak tahu RM10 tu aku guna buat beli pisang goreng, sekelip mata je televisyen Sony jadi sama nilai dengan makanan," ujar lelaki tersebut menoktahkan episod tragisnya..

Menjengah ke ruangan ciapan balas, warga maya mencadangkan beberapa langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan kejadian sama berulang.

Warga maya bertukar pandangan.

"Boleh beli screen protector yang macam dekat telefon pintar tu tapi untuk televisyen, baru selamat sikit. Cuma satu kekurangan adalah kualiti tayangan akan berkurang, tapi lebih baik daripada televisyen rosak.

"Macam aku pula, aku guna televisyen saiz 32 inci je waktu ada anak kecil sebab risau mereka buas, apabila anak dah besar barulah aku beli televisyen besar.

"Saya selalu cakap dekat anak yang televisyen tu kawasan larangan, kalau mereka datang dekat saya terus gertak. Cara macam ni baru televisyen boleh panjang hayatnya," kata sebahagian warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain