PERINTAH Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan ketika pandemik Covid-19 melanda dunia pada tahun 2019 menyebabkan banyak majlis terpaksa ditunda atau dibatalkan. Seorang individu turut berkongsi cerita tentang pembatalan majlis perkahwinannya akibat PKP pada tahun 2020. Ketika itu, pengadu berkata dia telah membuat pembayaran deposit sebanyak RM5,000 kepada perancang perkahwinan berkenaan. Ramai pengantin terkesan apabila majlis mereka terpaksa ditunda akibat PKP. -Gambar hiasan Meskipun sudah empat tahun berlalu, individu itu mendakwa perancang perkahwinan yang dilantiknya masih lagi belum melangsaikan janjinya. "Saya nak tanya, saya pernah buat tempahan dan bayar deposit untuk majlis kahwin pada tahun 2020 namun demikian atas faktor PKP majlis tak dapat dilaksanakan. "Pihak wedding planner kata, duit tak dapat dikembalikan cuma boleh diganti orang (pengantin) lain atau majlis lain bila-bila sahaja boleh dilaksanakan, no expiry date," ujarnya. Bukti pembayaran, resit dan semua saya simpan... tangkap layar perbualan WhatsApp pun ada. PENGADU Menurut pengadu, berpegang kepada janji itu, kini dia mahu menganjurkan majlis akikah sebagai ganti kepada resepsi perkahwinannya yang ditunda ketika PKP. Namun, dia mendakwa dilayan acuh tidak acuh oleh perancang perkahwinan itu, sekali gus menyebabkan majlis akikah berkenaan tidak dapat dijalankan. "Fast forward, tahun ini saya nak buat majis akikah menggunakan duit deposit yang diberikan pada tahun 2020 dan saya menghubungi pihak wedding planner. ARTIKEL BERKAITAN: Kenduri kahwin batal tapi pasangan ini tetap seronok jadi pengantin PKP... siap agih nasi tomato, paling sempoi jimat hampir RM4,000! ARTIKEL BERKAITAN: Baju kerja pun boleh! Pasangan PKP 1.0 buat keputusan nikah dalam masa kurang 3 jam, sehari sebelum PKP 2.0 - “Saya tunduk menangis” "Namun sejak Januari sehingga sekarang banyak alasan diberi, mesej kadang balas kadang tidak. Dijanjikan sekali lagi tempat untuk buat, tapi sampai sekarang majlis aqiqah tak dapat dilaksanakan. "Bukti pembayaran, resit dan semua ada saya simpan, Tangkap layar perbualan WhatsApp pun saya ada simpan," ujar pengadu lagi. Pengadu berkongsi kisahnya itu menerusi grup Facebook Peguam dan Pengguna Malaysia (PPM) untuk mendapatkan sebarang cadangan bagi menyelesaikan masalah berkenaan. Pembatalan majlis perkahwinan sudah tentu akan merugikan pengantin. -Gambar hiasan "Adakah saya berhak menuntut duit dikembalikan? Ini kerana pihak sana macam mengelat nak buat, servis gagal deliver kepada saya," ujarnya lagi. Di ruangan komen, beberapa individu memberi cadangan kepada pengadu supaya membuat tuntutan tribunal ataupun tuntutan di mahkamah kecil bagi mendapatkan keadilan buat pihaknya. "Pergi tribunal. Boleh je buat. RM5 saja bayar. Proses taklah cepat sangat. Tapi lebih mudah dan murah dan senang cik nak bertanya pegawai jika ada isu. "Boleh guna tuntutan mahkamah kecil," saran seorang lagi individu di ruangan komen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube