suria

Gadis nak terbang ke Dubai, bakal bapa mentua ajak jumpa... Semua kos ditanggung, duit ’shopping’ pun dapat!

Perjalanan ke luar negara boleh menelan perbelanjaan ribuan ringgit. -Gambar hiasan

KEMEWAHAN tidak akan datang bergolek.

Seseorang itu perlulah berwaspada sekiranya tawaran yang diterima terlalu baik untuk menjadi kenyataan, risau dikaburi penipuan.

Melalui satu hantaran di laman X, seorang gadis berkongsi rasa berbesar hati kerana dipelawa untuk berjumpa ibu bapa teman lelakinya yang menetap di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Sindiket jenayah sering menyasarkan wanita tempatan yang naif. -Gambar hiasan

Menurut gadis berkenaan, perjalanannya ke kota pencakar langit itu ditaja sepenuhnya malah terdapat beberapa layanan istimewa yang turut dijanjikan.

"Bapa boyfriend saya ajak datang ke Dubai bulan Ogos nanti. Tiket penerbangan, tempat penginapan dan visa semuanya disediakan. Duit untuk beli-belah pun akan diberikan.

"Seronoknya dapat jumpa bakal keluarga mentua! Tapi saya turut rasa gementar pada masa yang sama," ujar gadis itu dalam dilema.

ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda cuba bertahan, gaji tinggal RM50 demi hobi orang kaya... Lupa diri ‘angkat’ BMW superbike walau gaji hanya 6k

ARTIKEL BERKAITAN: Gadis sampai terlompat-lompat dapat tahu BF gaji RM12k kerja di Singapura! Tapi ramai kaki ‘cucuk’, syak hantaran naik harga

Menjengah ke ruangan ciapan balas, warga maya memberikan peringatan supaya gadis itu menyimpan sedikit rasa curiga, khuatir menjadi mangsa penganiayaan.

"Kalau awak kenal teman lelaki ni secara atas talian berhati-hatilah, takut sampai sana nanti awak dijual je. Kes pemerdagangan manusia dah berleluasa, antara modus operandinya janji-janji manis seperti ini.

"Banyak kali berlaku di India, pada awalnya semua nampak bahagia, sampai sana dah jadi isteri terus dijual sebagai pelacur. Periksa latar belakang keluarga teman lelaki awak tu betul-betul. Minta kedutaan Malaysia di sana tengokkan.

Kalau awak kenal teman lelaki ni secara atas talian berhati-hatilah, takut sampai sana nanti awak dijual.

WARGA MAYA

"Periksa juga hotel yang awak akan menginap tu nanti, takut tak wujud je. Fikir masak-masak sis apa yang awak nak buat ni, kalau dah terkandas dekat negara orang memang nauzubillah, gelap terus masa depan.

"Pastikan mak ayah, adik-beradik dan keluarga tahu tentang benda ni, jangan hidup nak terpaling bebas seperti mereka di Barat, buruk padahnya," ujar pelayar.

Dalam pada itu, tidak kurang juga warga maya yang meragui identiti teman lelaki kepada gadis tersebut.

Warga maya bertukar pandangan.

"Kaya betul boyfriend awak ni sis, adakah dia berketurunan Melayu? Kalau betul orang kita, mak ayah dia tauke syarikat apa?

"Mungkin juga boyfriend sis ni berdarah diraja, bertuah la dia, harap tak makan diri je," ujar sebahagian warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain