suria

Hancur hati pemuda, tunang bipolar serah tubuh kepada lelaki lain! Pecah tembelang lepas sebulan sarung cincin - “Aku menangis sepuasnya”

Pasangan 'darah manis' sering berdepan pelbagai ujian. -Gambar hiasan

SEBAGAI individu yang normal, kita seharusnya tidak memandang hina terhadap mereka yang menghidap masalah berkaitan mental.

Namun, seorang pemuda tular di platform X apabila dia bercerita tentang bekas tunangnya yang menghidap masalah itu.

Memulakan cerita, pemuda itu berkata dia banyak membantu wanita berkenaan untuk mendapatkan rawatan sewajarnya.

tunang2

Setiap individu perlu bersikap jujur dengan pasangan masing-masing sebelum melangkah ke fasa lebih serius. -Gambar hiasan

Namun, dia mengakui kesal apabila wanita itu bertindak membelakanginya, sekali gus mempersiakan pengorbanan selama ini.

"Aku sokong kena check kesihatan mental pasangan sebelum kahwin. Aku bodoh, habiskan tiga tahun dengan teman wanita yang aku tahu ada bipolar dan eating disorder.

"Daripada dia degil tak nak jumpa pakar psikiatri, sampailah dah berjaya bawa jumpa dan teruskan rawatan susulan. Aku tolong dia lalui fasa cederakan diri sendiri, nak muntah semua yang dia makan, cubaan bunuh diri.

Kalau kau tahu si dia ada penyakit mental, tinggalkan mereka... ia tak berbaloi untuk kesihatan mental sendiri.

PEMUDA X

"Aku sokong mental dan kewangan dia, sedangkan masa tu aku sendiri 'koyak'. Aku dah rapat dengan keluarga dia, keluarga dia tak tahu pun tentang keadaan mental dia," ujar pemuda itu.

Apa yang mengecewakan, dia mendakwa wanita itu berlaku curang hanya sebulan selepas mereka mengikat tali pertunangan.

"Tapi lepas sebulan sarung cincin, dia kantoi curang. Kantoi tidur dengan lelaki lain. Aku menangis sepuas-puas hati masa tu.

ARTIKEL BERKAITAN: Hampir setahun dibelenggu depresi, 2 kali jalani ujian mental... gadis ini tepis stigma jumpa psikiatrik ertinya gila -

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya mesej emak, beritahu tak mahu teruskan hidup” - Kulit muka teruk, dipukul dan dihentak sehingga ganggu otak... gadis ini derita depresi

"Aku tiada rasa tak puas hati terhadap orang yang ada kecelaruan mental. Kalau tak, tak adalah aku siap sanggup kahwin dengan salah seorang daripada mereka kan?

"Tapi nasihat aku kepada semua di luar sana, kalau kau tahu si dia ada penyakit mental, tinggalkan mereka. Ia tak berbaloi untuk kesihatan mental sendiri," luahnya lagi.

Perkongsian pemuda yang tidak mendedahkan identitinya itu turut meraih pelbagai reaksi netizen di X.

tunang3

Kehadiran orang ketiga boleh merosakkan hubungan cinta. -Gambar hiasan

"Nak jaga orang sakit ni kena bersedia untuk dikecewakan.

"Aku pernah bercinta dengan orang yang ada borderline personality disorder, memang susah dan buang masa, tak berbaloi tunggu.

"Kalau dah dapat detect 'belen' sebelum kahwin tu, baiklah tinggalkan dia walaupun sayang.

"Dah minta balik cincin? Ini adalah rahmat, Allah tunjuk benda (perangai) sebenar sebelum kahwin," tulis netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain