SEJAK kebelakangan ini kerap didengari rumah tangga mengalami keretakan berpunca daripada pelbagai isu. Hubungan yang pada mulanya penuh kebahagiaan menjadi goyah apabila diuji dengan cabaran kehidupan. Namun berbeza kisahnya melalui satu video tular di laman TikTok apabila pasangan suami isteri ini dilihat mesra meskipun ditimpa musibah. Motosikal Pijin secara mengejut meragam. Menerusi video tersebut, seorang lelaki dikenali sebagai Pijin (@pijxnnn) yang berkerja sebagai penghantar barang dilihat terkandas di tepi jalan selepas motosikal ditunggangnya rosak secara tiba-tiba. Menurut Pijin pada mulanya dia mati akal untuk mendapatkan bantuan dan hanya mampu menunggu. "Masa ni tengah kerja, tiba-tiba pedal motosikal tersekat, tak boleh nak gerak. Padahal saya dah periksa minyak hitam sebelum pergi kerja. Termenung kejap tengok motosikal. ARTIKEL BERKAITAN: Demi isteri mengidam, suami ketuk rumah penjual ketupat palas tengah malam... Syukur peniaga sedekah, seolah-olah tahu ‘belum gaji’ ARTIKEL BERKAITAN: Siap beli tray hospital... Ibu mengidam dijemput datang jabatan sajian HSAH ambil makanan wad, lega dapat ikan sambal dan ‘sweet sour’ "Sambil tu teringat perbualan dengan isteri di WhatsApp, tadi sempat bersembang waktu on the way ke rumah pelanggan. Kalau boleh tak nak susahkan dia, tapi sebab keadaan memaksa, saya pun minta bantuan. "Syukur Alhamdulillah, isteri kata dia tengah free dekat rumah dan boleh datang tolong. Dia cuma minta saya bagi location di WhatsApp," ujar Pijin dalam nada lega. Tambah Pijin, ketibaan sang isteri boleh diibaratkan seperti penyelamat yang cukup besar maknanya. Lenguh juga kaki ni towing motosikal sampai ke rumah... syukur sangat atas kehadiran isteri dalam hidup ni. PIJIN "Isteri tak beritahu pun dia dah gerak dari rumah, tahu-tahu je bantuan sampai. Daripada jauh saya dapat dengar deruan motosikal isteri kesayangan, rasa macam terangkat beban daripada bahu ni," katanya. Pijin seterusnya bertukar tempat dengan isterinya, dia menunda dari belakang motosikalnya yang rosak menggunakan motosikal milik isteri. Pijin menolak motosikal yang rosak manakala isterinya membonceng. "Maka bermulalah pengembaraan kami, lenguh juga kaki ni towing motosikal sampai ke rumah. Syukur sangat atas kehadiran isteri dalam hidup ni. "Terima kasih Ya Allah kerana wujudkan wanita yang sanggup bersusah-senang dengan saya. Sememangnya anugerah terindah. Kepada isteri, saya minta maaf, tiada niat nak menyusahkan, semoga awak sihat selalu," kata Pijin menutup bicara. Pijin sedang dalam proses membaik pulih motosikalnya. Menjengah ke ruangan komen, warga maya turut tersentuh hati dengan pengorbanan yang ditonjolkan isteri Pijin. "Macam bumi ni milik anda berdua, jaga isteri baik-baik ya. Bilalah aku nak ada kebahagiaan yang sebegini? "Bagus la abang yang tolong towing. Saya dulu pernah jadi macam ni juga, tapi suami yang di depan dan saya sebagai perempuan yang towing, dari tol Nilai ke Senawang, penat kaki ni," kata pelayar. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube