suria

Hidup terlalu bosan, 2 hari bateri telefon bimbit tak habis... Wanita takut jadi andartu, ramai kawan baik keluar ‘kelab bujang’

Kesunyian melampau boleh menyebabkan seseorang individu alami kemurungan. -Gambar hiasan

SEORANG wanita mula berasa resah tatkala rakan-rakan terdekat sudah mendirikan rumah tangga dengan pasangan masing-masing.

Baginya yang masih berstatus solo, timbul rasa khuatir mengenai kehidupannya yang dirasakan semakin sunyi selepas seorang demi seorang temannya meninggalkan 'kelab bujang' mereka.

Dalam luahannya di laman X, wanita berusia 26 tahun ini mengakui lelaki yang mahu dijadikan calon suami masih belum 'nampak bayang'.

"Kawan-kawan semua sudah kahwin jadi tinggal la saya seorang diri.

Kebahagiaan dalam hidup boleh dikecapi dengan cara mendirikan rumah tangga. -Gambar hiasan

"Saya dapat rasakan sunyi sangat-sangat," ujarnya dalam hantaran yang tular.

Menurut wanita itu lagi, dia mula berasa bimbang seandainya rasa sunyi kerana kehilangan rakan-rakan akan membuatkan dia berdepan tekanan perasaan.

"Saya tak ada kawan lelaki. Akaun di media sosial pun tak aktif. Tak pernah bercinta pula. Sunyi... kosong hidup saya.

ARTIKEL BERKAITAN: Adik risau kakak umur 30 tahun masih bujang, sekali 'promo' terus dapat 200 mesej calon suami!

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita ‘ditebuk’ kekasih mengaku bujang! Hilang arah lepas ditinggal suami orang, sendirian jaga ‘isi’ dalam perut

"Telefon bimbit saya, bateri boleh tahan sampai dua hari sebab jarang guna. Doakan saya tak depression," jelasnya lagi.

Luahan itu meraih perhatian dan simpati ramai hingga ada yang tampil memberikan kata-kata semangat serta nasihat.

"Saya faham perasaan awak. Macam saya, saya buat sesuatu masa hujung minggu. Hari minggu, lepas Isyak saya terus tidur kalau tak main game.

Saya yang tak pernah bercinta pun tak rasa sunyi atau tertekan, saya masih ada keluarga.

NETIZEN

"Bagi saya, awak kena mula fikir fasal diri awak, tujuan dan matlamat. Jangan biarkan otak awak tenggelam fikir fasal orang lain atau apa orang lain fikir pasal awak," ujar salah seorang netizen.

Dalam pada itu juga, terdapat segelintir warga maya yang kurang senang dengan luahan pengadu apabila dia mengaitkan kesunyian dengan tekanan perasaan.

Komen netizen pada hantaran asal.

"Diri sendiri yang pilih jalan macam tu, lepas tu nak tertekan pula... apa benda?

"Saya yang tak pernah bercinta pun tak rasa sunyi atau tertekan, saya masih ada keluarga.

"Tahu tak kesan tertekan tu macam mana. Senang-senang je cakap macam tu. Carilah kebahagiaan dengan diri sendiri.

"Baru kau tahu nikmat sayangkan diri sendiri punya nilai dari nak validation (pengesahan) daripada orang," komen netizen lagi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain