suria

Pukul 2 pagi rider penghantaran pujuk masuk rumah, tak tahan nak kencing! Wanita cemas, biar makanan tergantung depan pintu

Seorang wanita berkongsi pengalaman diganggu seorang penghantar makanan. Gambar hiasan kiri

HAJAT seorang wanita mahu menikmati makanan yang dipesan pada awal pagi berdepan insiden yang tidak disangka-sangka.

Detik cemas itu dikongsikan wanita berkenaan selepas membuat pesanan penghantaran makanan ke rumahnya.

Difahamkan, kejadian berlaku di sebuah apartment di Cheras, Selangor, pada awal pagi Isnin.

Penghantar makanan mencari rezeki untuk menyara kehidupan. -Gambar hiasan

Wanita itu mendakwa, penghantar makanan yang tiba di rumahnya pada kira-kira pukul 2 pagi mahu masuk ke rumahnya untuk menggunakan tandas.

ARTIKEL BERKAITAN: Pelanggan lelaki ajak abang ‘rider’ buat seks pukul 2 pagi... Netizen syak muka ‘jambu’ punca jadi mangsa selera songsang

ARTIKEL BERKAITAN: Rider 'jambu' terkedu dicabul, turut permintaan bapok suruh panggil 'Alia' - “Encik jangan la macam ni, takut saya”

Lebih menakutkan, dakwanya, lelaki itu berkeras untuk masuk ke rumah selepas tidak dibenarkan berbuat demikian.

"Tak boleh pakai. Hantarkan makanan pukul 2 pagi, dia minta nak tumpang tandas rumah. Dah cakap tak boleh tolong, tapi masih berkeras.

"Rasa tak sedap hati pula. Telefon guard nak sahkan dia dah pergi ke belum dari apartment," luahnya menerusi satu hantaran di laman X, pagi Selasa.

Wanita itu mendakwa seorang lelaki cuba untuk masuk ke rumahnya pada awal pagi.

Bercerita lanjut, wanita itu memberitahu pengawal keselamatan kemudian datang ke aras rumahnya untuk melakukan pemeriksaan.

Dakwanya lagi, penghantar makanan itu sebenarnya masih belum beredar, sebaliknya berada di koridor rumahnya.

Dah cakap tak boleh tolong, tapi masih berkeras.

PELANGGAN WANITA

"Guard naik periksa, dia (penghantar makanan) ada kat hujung koridor tingkat rumah aku... aku periksa jam, dah 20 minit dia kat situ.

"Makanan aku pun masih kat pintu rumah selama 20 minit tu," katanya yang tidak mendedahkan sama ada bersendirian di rumah atau tidak ketika kejadian berlaku.

Pesanan makanan diletakkan di pintu rumah. -Gambar hiasan

Menurut wanita itu lagi, dia sempat membuat rakaman video dari dalam rumah menerusi pintu bagi meninjau pengawal keselamatan melakukan pemeriksaan.

"Periksa balik video yang aku sempat rakam celah pintu, tu yang naik bengang. Ada dengar dia tanya guard tu, 'Saya ganggu dia ke?'.

"Amboi brother, kata telefon dah nak habis bateri, kata dah tak tahan sangat nak pergi tandas?

"Lain kali kongsi juga alamat rumah, ini dia je yang tahu rumah aku. Kita yang dah 100 peratus level alert dah kena tambah lagi alert. Dia seronok la, main game, hisap rokok, macam tak ada apa jadi," katanya, namun tidak berkongsi video yang dirakamnya.

Dalam pada itu, wanita berkenaan memberitahu dia juga sudah membuat laporan berhubung kejadian berkenaan kepada penyedia perkhidmatan penghantaran tersebut.

"Hi there, mohon maaf ya. Sila DM nombor telefon dan juga email ID untuk semakan lanjut ya," menurut ciapan penyedia perkhidmatan itu sebagai respons berhubung laporan berkenaan pada pagi Selasa.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain