suria

Tandas khemah awam di Arafah penuh sesak, wanita syor sarung lampin pakai buang... Siap ajar cara guna supaya tak bocor!

Ramai jemaah wanita dilihat sedang menunggu giliran untuk menggunakan tandas.

TANAH suci Makkah dibanjiri jutaan manusia setiap kali tibanya musim haji.

Situasi ini merupakan salah satu cabaran yang terpaksa dilalui para jemaah demi menyempurnakan ibadah mereka.

Di TikTok, video jemaah wanita yang bersesak dalam ruangan sempit sambil menunggu giliran untuk menggunakan tandas turut meraih perhatian netizen.

jemaah2

Tangkap layar video yang tular di TikTok.

"Pengalaman masuk tandas masa Hari Arafah di khemah awam. Anda sanggup tak macam ni?" tulis pemilik video itu.

Di ruangan komen, seorang wanita Malaysia tampil berkongsi pengalamannya yang memakai lampin pakai buang ketika mengerjakan umrah sebelum ini.

"Sementara nak tunggu beratur ni, kalau dah tak tahan, kencing dulu dalam lampin pakai buang. Lepas tu, tukarlah dalam tandas bila dah ada tandas yang kosong.

Amalkan baca doa juga... Insya-Allah rasa nak ke tandas tu boleh tahan sampai selesai semua ibadah.

JEMAAH MALAYSIA

"Lampin tu saya bawa siap-siap dari rumah. Memang pernah pakai masa umrah. Senang apabila kena berebut tandas. Saya beli dekat TikTok atau Shopee.

"10 keping dalam RM10 ke RM14. Jangan beli kat sana sebab harganya lebih mahal. Tak susah, tong sampah banyak dalam tandas. Atau bawa plastik spare. Simpan dalam plastik," kongsinya.

Dihujani pertanyaan netizen, wanita itu berkata lampin yang dipakainya sesuai untuk orang dewasa dan dia langsung tidak berdepan sebarang masalah.

ARTIKEL BERKAITAN: Jumpa jemaah haji termenung tepi jalan, sesat 2 hari tak makan... Mutawif Malaysia ‘korban’ selipar, berkaki ayam bantu hantar balik hotel

ARTIKEL BERKAITAN: Jemaah haji merungut, marah suami dalam hati depan Kaabah... Allah nak tegur, sekelip mata pasangan hilang ketika tawaf!

"Lampin jenis seluar, bukan yang lekat kiri kanan tu. Adult pants. Saya pernah test, boleh kencing banyak dalam tu dan tak bocor. Cuma jangan kepit masa nak kencing, kangkang sikit.

"Bawa siap-siap 20 keping dalam beg hand carry sebab ia ringan. Kalau beli kat sana melampau sangat harganya, mahal.

"Amalkan baca doa juga. Insya-Allah rasa nak ke tandas tu boleh tahan sampai selesai semua ibadah," kongsi wanita itu lagi.

Beberapa individu lain turut berkongsi pengalaman mereka yang pernah melalui situasi serupa ketika berada di Makkah.

jemaah4r

Jemaah berdepan pelbagai cabaran demi menyempurnakan ibadah mereka di tanah suci.

"Teringat masa pergi umrah, berebut macam ni la, siap berborak dengan makcik dari Tunisia.

"Umrah pun dah sesak tandasnya. Apatah lagi musim haji," tulis netizen.

Sementara itu menurut laman sesawang Mufti Wilayah Persekutuan, dinyatakan tidak dibenarkan memakai seluar dalam bagi lelaki ketika sedang berihram kerana ia termasuk dalam larangan pakaian berjahit.

jemaah

Jutaan manusia berhimpun di Makkah setiap kali tiba musim haji.

Namun, dibolehkan memakai cawat atau lampin pakai buang bagi mereka yang memerlukan (ada keuzuran), dengan syarat ia tidak bersambung atau berjahit (mengikut bentuk anggota atau badan) sebagaimana yang telah ditakrifkan oleh para ulama.

Bagi ibadah umrah dan haji tidak disyaratkan bagi sahnya ibadah tersebut perlunya sentiasa berada dalam keadaan suci melainkan untuk dua perkara iaitu solat dan tawaf, hendaklah dia pastikan dirinya berada dalam keadaan suci.

Begitu juga, pakaian serta lampin pakai buang atau cawat yang dipakainya bersih daripada sebarang najis sebelum melaksanakan ibadah berkenaan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain