SEORANG pekerja penghantar barang berkongsi pengalamannya dimarahi oleh seorang lelaki kerana menghantar barang ketika isterinya tinggal sendirian di rumah.. Menerusi satu hantaran di TikTok, pekerja kurier itu membuat pendedahan dengan berkongsi tangkap layar mesej yang diterima selepas selesai menjalankan tugasnya. Sebagaimana dapat dilihat menerusi mesej tersebut yang dihantar melalui aplikasi WhatsApp, pekerja berkenaan menerima 'amaran' gara-gara lelaki tersebut berasa kurang senang dengan kehadirannya menghantar barang yang dikatakan boleh mengundang fitnah. "Aku ni suami dia. Lepas ini kalau nak hantar barang ke apa pastikan masa hantar tu aku ada. Sebab nanti akan mengundang fitnah. Tangkap layar perbualan antara penghantar barang dan suami pelanggan. "Aku dah cakap dengan bini aku. Aku tak izinkan siapa-siapa yang hantar barang kalau aku tak ada. "Jadi kalau nak hantar barang lepas ni pastikan aku ada sebab aku suami dia," tulis lelaki tersebut sebelum mesej dihantar pada pukul 4.31 pagi. Tidak berdiam diri, pekerja tersebut membalas mesej yang dihantar oleh suami pelanggannya itu kerana tidak mahu menjadi mangsa keadaan. ARTIKEL BERKAITAN: Pekerja kurier gelabah pelanggan COD ‘complain’ baki tak cukup, risau amanah kerja - “Aku bukannya berkira cuma nak tahu” ARTIKEL BERKAITAN: Abang kurier ralat tak sempat hantar ‘baju raya terakhir’! Seharian tak tenang, malam lalu depan rumah arwah tanpa tujuan "Apa masalah nak chat aku macam ni? Aku ni hantar barang je tak ada kena mengena dengan bini kau atau bini siapa-siapa pun. "Kalau tak nak barang dihantar, minta isteri abang tu jangan order barang melalui ***," balas pekerja kurier itu pada pukul 7.58 pagi. Namun tiada perkembangan lain dikongsi oleh pemuda ini, berkemungkinan perbualan mereka terhenti di situ sahaja. Orang tu nak hantar barang bukan nak ngorat isteri kau tu. NETIZEN Hantaran dikongsikan ini meraih perhatian netizen yang memberikan pelbagai respon berikutan mesej dihantar. "Isteri dia lawa sangat la tu. "Orang tu nak hantar barang bukan nak ngorat isteri kau tu. "Suruh dia datang ambil barang isteri dia. Tengok dia sanggup ke tak. Jangan nanti mengadu tak buat kerja pula," ujar beberapa netizen. Komen netizen pada hantaran dibuat. Ada juga warganet membuat pelbagai andaian terhadap pasangan suami dan isteri ini serta memberikan cadangan kepada mereka. "Suami saya pun macam ni tapi dia cakap dekat saya je. Jadinya asal adakan ada hantar barang, suruh mereka letak saja depan pintu. Tak perlu buka. Selesai. Saya jenis penakut dengan orang. "Oh senang je. Alamat penghantaran tu letak tempat kerja suami. Nombor telefon pun nombor suami. Walaupun 24 jam ada je saya dekat rumah. Jadi penghantaran ke tempat kerja suami," ujar netizen lain pula. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube