suria

Harap bos tukar mentaliti lama, kembalikan sistem kerja hybrid! Rupanya ramai ‘rindu’ zaman Covid-19, nak WFH elak stres

BDR dapat membantu tingkatkan produktiviti pekerja dan jimatkan penggunaan tenaga. -Gambar hiasan

PENULARAN wabak Covid-19 di seluruh dunia berjaya mengubah corak pekerjaan yang membenarkan warga kerja bertugas dari rumah (BDR) atau work from home (WFH) demi kelangsungan operasi sesebuah syarikat dan organisasi.

Meskipun kebanyakan perusahaan kembali mengamalkan waktu bekerja normal pada masa ini, namun terdapat segelintirnya yang masih meneruskan kaedah BDR.

Malah ada yang menyatakan BDR berjaya memberi penjimatan yang banyak terutama dalam aspek penggunaan tenaga elektrik kepada syarikat.

Sesetengah industri boleh mengamalkan BDR. -Gambar hiasan

Sesetengah industri boleh mengamalkan BDR. -Gambar hiasan

Bagi pemilik akaun @magmalaya, dia berpendapat jika lebih banyak syarikat mengamalkan konsep BDR sepenuhnya atau mengurangkan bilangan hari pekerja masuk ke pejabat, kesesakan trafik dapat dikawal.

"Kalau banyak syarikat amalkan tiga hari masuk pejabat, dua hari BDR ni, mesti boleh kurangkan kesesakan trafik," katanya ringkas.

Pada masa sama, ujarnya bilangan individu yang mengalami tekanan emosi juga dapat diturunkan selain turut menjimatkan perbelanjaan petrol atau diesel.

ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda letih, tak tahan hadap trafik sesak setiap hari! Demi kesihatan mental rela resign, balik kampung berniaga depan rumah

ARTIKEL BERKAITAN: Nak ‘lari’ trafik sesak, geng menuju Pantai Timur sanggup U-turn mengejut tengah lebuh raya - “Mohon guna akal”

Malah baginya, dengan amalan tersebut, produktiviti kerja juga dapat ditingkatkan.

Walaubagaimanapun, dia menjelaskan tidak semua industri boleh mengamalkan BDR kerana berhadapan kekangan dan keperluan untuk kehadiran fizikal di tempat kerja.

Sudah empat tahun buat hybrid sebab syarikat benarkan, motivasi sangat tinggi, tekanan kurang.

NETIZEN

"Aku yakin produktiviti kerja naik, tapi bukan semua industri boleh buat... yang mana yang boleh je," tambahnya lagi.

Menjengah ke ruangan komen, terdapat beberapa pelayar yang menyatakan syarikat tempat mereka bekerja sudah mengamalkan konsep BDR.

Kebanyakan mengakui terdapat penjimatan pada penggunaan sumber tenaga khususnya elektrik.

Antara reaksi warga maya.

Antara reaksi warga maya.

"Dah empat tahun buat hybrid sebab syarikat benarkan, motivasi sangat tinggi, tekanan kurang. Tapi kerajaan tak mahu buat sebab kacau industri dan penggunaan. Sewa turun, jualan petrol berkurang termasuk cukai.

"Tengok bos juga, kalau bos mentaliti lama, dia tak percaya BDR meningkatkan produktiviti. Trafik sesak? Bukan masalah dia, tak boleh sesuaikan diri, kena letak jawatan.

"Tak faham kenapa ada syarikat yang takut nak bagi pekerja BDR. Asalkan kerja siap dan capai target harian, sepatutnya okay la kan? Kecuali la kerja tu memang perlu ada secara fizikal macam cikgu, doktor, juruwang dan sebagainya," ujar beberapa warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain